Sebuah
kereta terpaksa meredah banjir kilat susur masuk lebuh raya Besraya berhampiran
Kampung Malaysia Tambahan menghala Kuala Lumpur setelah hujan lebat sejak awal
petang Khamis. Foto IHSAN: UTUSAN/KOSMO
Mstar : PETALING JAYA: Ribut petir disertai hujan lebat
yang turun lebih kurang satu jam bermula pada pukul 4 petang Khamis menyebabkan
banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.
Jalan berhampiran Tugu Negara menghala ke Padang
Merbok menghala ke Bank Negara tidak dapat dilalui ekoran ditenggelami banjir.
Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan
Cheras dihadapan Leisure Mall dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, Taman Wahyu dan
bulatan Sungai Besi ke TUDM.
Di NKVE, satu kemalangan berlaku di KM.20 arah
Bukit Lanjan ke Kota Damansara di laluan kecemasan menyebabkan trafik bergerak
sangat perlahan.
Di laman twitter, Chee Yih Yang, melaporkan
kawasan pembinaan MRT bertentangan dengan Phileo Damansara di Seksyen 16,
Petaling Jaya telah menyebabkan banjir lumpur di laluan jalan menghala ke Kuala
Lumpur.
Dia berkata pokok tumbang di laluan kiri LDP
sebelum KDU berhampiran Damansara Jaya menyebabkan kesesakan bagi pengguna yang
mahu ke Kepong.
Menurut tweet Lembaga Lebuhraya Malaysia pada
pukul 6.05 petang, trafik di LDP secara keseluruhannya bergerak perlahan di
kedua-dua arah.
Satu lagi tweet pada pukul 6.15 petang, LLM
berkata semua lebuh raya BESRAYA, NPE, SILK dibuka selepas insiden banjir kilat
yang berlaku sebelum ini.
Bagaimanapun keadaan trafik dilaporkan masih
bergerak perlahan.
Pada pukul 6.33 petang, satu lagi tweet LLM
melaporkan, trafik di lebuh raya ELITE dari Shah Alam/NKVE menghala ke USJ dan
dari Putrajaya ke USJ juga bergerak perlahan.
PLUS pula melaporkan trafik bergerak perlahan
dari tol Subang menghala ke Glomac dan dari Putrajaya menghala ke Putra
Heights.
PLUS berkata keadaan trafik turut bergerak
perlahan dari Jalan Duta ke Bukit Lanjan dan Subang ke Bukit Lanjan.
No comments :
Post a Comment