Bantahan penghapusan
subsidi gula hanyalah mainan politik semata-mata. Hakikatnya, setelah beberapa kali subsidi
gula ini dikurangkan kerajaan (sehingga dihapuskan sekarang), penulis belum
pernah dengar ada rakyat yang mati kerana kekurangan gula akibat tidak mampu
membeli produk tersebut. Jika ada sila
beri satu contoh.
Malah ada orang yang
mampu hidup lebih lama pun jika kurang makan makanan manis, ini fakta, bukan
dongeng atau cerita bohong.
Sebab itulah agaknya
di kedai-kedai makan yang penulis pergi, orang ramai macam itu juga. Malah warung
mamak, mapley 24 jam (hanya di Malaysia) penuh macam tu juga sampai pagi walaupun harga gula naik sebanyak RM 0.34 sen.
Ini menunjukkan bantahan atas penghapusan subsidi gula ini bukan sebab bantahan
itu benar-benar perlu, tapi sebab nak cari alasan untuk maki kerajaan, tidak
lebih dan tidak kurang.
Dari apa yang
penulis lihat sendiri, rakyat mampu menyerap kenaikan harga gula ini. Rata-rata rakyat bukan guna seguni gula pun
sebulan, paling tidak 2 kilo atau 4 kilo bagi keluarga yang besar sikit. Apatah lagi, tahun lepas kerajaan telah
menetapkan gaji minimum sebanyak RM 900, sebab itu penulis kata ramai yang
mampu serap kenaikan tersebut.
Penulis sengaja
ambil contoh pekerja gaji minimum sebab yang bunyi ini banyak bercakap kononnya
mewakili golongan peringkat rendah, siapa yang beri mereka kuasa itu, tak
tahulah.
Jadi cakap dari segi
pekerja berpendapatan rendah ini, ramai dari mereka tak mampu nak makan di
kedai tiap-tiap hari dan sepanjang masa waima sebelum harga gula naik, jadi
kesan kenaikan harga di kedai, tidak begitu menyentuh kewangan mereka.
Lagipun makan di
kedai adalah pilihan, bukan keperluan.
Sesiapa yang jadikan keperluan, itu tanggung sendirilah, apa nak
salahkan kerajaan? Kalau isteri sendiri
malas nak masak, kenapa kerajaan pulak yang kena maki?
Senang cakap macam
inilah, selagi rakyat Malaysia ini ada wang untuk membayar perkara-perkara yang
bukan keperluan seperti ASTRO, aircond, beli nombor, hisap rokok, minum todi,
rumah urut dan sebagainya, selagi itulah mereka mampu menyerap segala
pengurangan subsidi oleh kerajaan.
Orang Palestin sana
apa subsidi pun tak ada, tapi mereka hidup juga.
No comments :
Post a Comment