Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, October 25, 2013

VIDEO - KHALID SAMAD PERTAHANKAN GEREJA

 
 
28.March.2008 iaitu kira-kira 20 hari selepas pru 12 , Khalid Samad(MP Pas Shah Alam) , dan Dr.Zulkifli (MP Pas Kuala Selangor) sewaktu melawat sebuah gereja di Selangor telah menyatakan sokongan secara terbuka bahawa mereka setuju untuk perkataan Allah digunakan oleh gereja-gereja kristian. Bermula daripada hari itu nama Khalid Samad dikenali sebagi Khalid Gereja.

Video yang diatas itu pula menunjukan bagaimana Khalid Samad dan Dr.Zul masih lagi berusaha mempertahankan sokongan mereka untuk gereja-gereja kristian walaupun hujah panjang lebar telah diberikan oleh Ustaz Taib Azamuddin (MP Pas Baling). Manakala video kedua pula adalah sokongan Anwar Ibrahim terhadap isu yang sama.

Video pertama, kejadian itu berlaku,semasa Datuk Seri Zahid Hamidi yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Agama Islam sedang berucap. Datuk Seri Zahid memberi laluan kepada Ustaz Taib Azamuddin atas dasar beliau sebagai bekas Imam Besar Masjid Negara untuk menjelaskan tentang penggunaan perkataan Allah.

Setelah hujah panjang lebar dan nas-nas yang dikemukakan oleh Ustaz Taib, kelihatan Khalid Samad masih lagi tidak berpuashati dan beliau tetap ingin mempertahankan agar perkataan Allah dapat digunakan di gereja.

Datuk Seri Zahid dan Timbalan Speaker terpaksa menghalang Khalid dan Dr.Zul meneruskan hujah mereka kerana bimbang ianya akan mengelirukan umat Islam dan untuk mengelakkan ketegangan agama. Ianya juga dapat mengelak daripada ucapan mereka berdua tercatat dalam hansard dan boleh mengelirukan jika dijadikan rujukan di masa depan.

Tetapi mereka berdua tetap keras kepala dan terus ingin menyokong tindakan gereja kristian untuk menggunakan perkataan Allah. Tetapi usaha mereka gagal jua. Anda boleh lihat dalam video diatas bagaimana usaha mereka untuk terus berhujah dipatahkan.

Pada pandangan saya, PAS harus memecat mereka berdua ini sebagai ahli PAS. Mereka ini meletak kepentingan politik lebih dari kepentingan agama. Selagi mereka berdua terus bernaung dibawah panji-panji PAS ,maka selagi itulah nama PAS akan turut sama terpalit sebagai parti yang menyokong tindakan gereja menggunakan perkataan Allah. Sedangkan dalam masa yang sama ada Ahli Parlimen PAS yang tidak setuju dengan perkara berkenaan.

Kepada umat-umat Islam di Malaysia, carilah hukuman-hukuman yang sesuai untuk dua ekor manusia laknat tersebut. Mereka sudah lebih. Mereka perlu diajar secukupnya.

Perangai macam itu pun ada hati lagi nak minta tauliah dengan JAIS untuk menyampaikan kuliah-kuliah agama di Masjid dan Surau. Memang tepat tindakan JAIS dan Polis Selangor tidak membenarkannya,sebelum lebih ramai lagi orang-orang Islam dikelirukan.
 
RBF

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.