Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 24, 2013

AMUK!! GAMBAR Kejadian Yang Mengakibatkan 2 Kematian!!



Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.

"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian


 
 

Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.

"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.

Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian.





 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.