PETALING JAYA: Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjemput Ahli Parlimen Padang Serai, N.
Surendran untuk menyertai operasi anggota polis untuk menembak penjenayah.
Khalid membuat
jemputan tersebut di Twitter pada 11 Oktober dengan menyediakan baju kalis
peluru untuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau menerima
tawaran berkenaan.
"Untuk
memberitahu apa yang terjadi ketika polis berhadapan dengan penjenayah dalam
operasi yang dijalankan, kami menawarkan YB Surendran untuk menyertai
kami," tweet Khalid.
Ketika dihubungi
Star Online, Surendran berkata beliau telah memberi maklum balas kepada Khalid
melalui Twitternya dan menerima jemputan ketua polis negara berkenaan.
Beliau berkata
Khalid memberitahu dia perlu menandatangani perjanjian perlindungan sambil
menambah dia akan dijemput untuk menyertai satu operasi membanteras penjenayah
bersenjata akan datang.
Khalid juga meminta
Surendran menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bila beliau bersedia
untuk menandatangani perjanjian perlindungan dan mengukur saiz yang sesuai
untuk baju kalis peluru.
Surendran
bagaimanapun berkata beliau belum lagi menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah berkenaan.
Beliau berkata dia
sedia berhadapan dengan sebarang risiko sama seperti pegawai polis yang
terlatih.
"Jangan tembak
untuk membunuh dan jangan tembak tanpa memberi sebarang amaran,"
tambahnya. mStar
No comments :
Post a Comment