Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 10, 2013

Tugas besar saya adalah menjaga majoriti rakyat #Zahid Hamidi


Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata demikian semasa menjawab soalan apakah keutamaan yang ditetapkan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri semasa menjadi tetamu dalam program Analisis AWANI petang tadi.

“Saya melihat daripada aspek kemanusiaan sejagat secara keseluruhannya dimana, apa hak asasi manusia yang telah dilaksanakan untuk menjaga keselamatan nyawa polis? Apa hak asasi manusia yang telah diaplikasikan bagi membanteras jenayah dengan menjaga pihak yang menjadi mangsa, yang dibunuh, dirompak dan diragut?

“Kita harus melihat bagaimana cara untuk kita berdepan dengan masalah yang dihadapi majoriti rakyat. Benar pejuang-pejuang hak asasi manusia memperjuangkan hak individu. Benar mereka melihat dalam aspek perundangan dan politik. Bagi saya, tugas besar saya adalah menjaga majoriti rakyat,” kata beliau.

Tugas besar saya adalah menjaga majoriti rakyat - Zahid Hamidi

Menurutnya, dengan pelbagai insiden tembakan dan pembunuhan yang banyak terjadi, beliau tidak mahu kredibilitinya dipersoalkan.

"Kejadian tembakan hampir setiap hari dan pembunuhan hampir setiap minggu. Ini harus ditangani. Jika tidak, bukan orang ramai sahaja yang akan persoalkan kredibiliti saya, malah, waktu di Padang Mahsyar nanti, Allah akan bertanya kepada saya dan ini lebih penting," tambah beliau.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.