MP Shah Alam Khalid
Samad terang-terang melanggari keputusan Majlis Surah Ulamak PAS yang
bermesyuarat pada 13/1/2013.
Mesyuarat Majlis
Syura Ulamak yng bersidang pada tarikh tersebut telah membuat ketetapan bahawa
menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kita agama bukan Islam
kepada perkataan Allah kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna,
tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh
kerana itu ia hendaklah dicegah.
Namun begitu, Khalid dalam forum 'Adakah Allah
Eksklusif Kepada Islam - Undang-Undang, Iman & Politik' anjuran Mysuara.Net
mempertikaikan, disebalik larangan adalah lebih baik mendidik dan memupuk
kefahaman tentang pengertian Allah kepada orang-orang Islam, lapor TMI.
Pastinya, pendirian
Khalid ini adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Ulamak yang
ditandatangani oleh 2 Tuan Guru utama PAS, TG Nik Aziz dan Dato' Dr Harun Din
seperti di bawah.
Mungkin Khalid menganggap dirinya lebih hebat
berbanding 2 tokoh utama Majlis Syura Ulamak PAS tersebut, hinggga sanggup
meletakkan dirinya tidak terikat dengan keputusan syura tersebut.
No comments :
Post a Comment