Ketua Hakim Syarie
negeri Kelantan, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak
pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud
sekalipun sudah meluluskan peruntukannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan hampir
20 tahun lalu.
Daud berkata, kempen
dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan
tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada
tahun 1993 lagi.
Beliau berkata,
kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada
waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar
kerajaan dalam melaksanakan hudud.
"Kerajaan
mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku
pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini
pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun
pasal hudud ini, tidak ada.
"Padahal kita
boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai
dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa
tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi
ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim
di sini, hari ini.
Program wacana
khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar
Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.
Daud yang merupakan
salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)
Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk
melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada
banyak pihak.
Beliau berkata, kerajaan
negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan
tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan
1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.
Daud berpandangan,
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap
warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu
mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini
sebenarnya yang patut dipertikai.
"Perkara 11
memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan
agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan
yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak
laksana," katanya.
Sementara itu,
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub ketika ditemui selepas program
berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula
mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.
Katanya, ini
termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas dan
Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kes berkaitan kesalahan
hudud dibicarakan.
"Selama ini,
kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari
perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan
hudud.
"Kami akan
maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi," katanya.
Berita di atas
adalah dari harakahdaily dan diambil dari blog Dewan Ulamak Pusat PAS sini.
Lepas diluluskan,
PAS tidak gezetkan Enakmen itu. Tanpa itu, tak boleh hukum hudud dilaksanakan.
Siapa MB tahun 1993 yang tak mahu gezetkan?
Tapi sana sini
salahkan UMNO. Kimak punya manusia!!!
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment