BERIKUTAN
tersebarnya laman Facebook suspek pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya dengan
nama sebenarnya Ardi Ode Putra Katela, rupa-rupanya ada tiga orang rakan
Facebooknya suspek turut bertugas sebagai pengawal keselamatan.
Seorang daripadanya
bernama Aher Putra Wa Rumber kini dikatakan dalam kebimbangan ekoran kes
melibatkan rakannya Facebooknya itu.
Dalam beberapa
status yang dimuatnaik olehnya, ada status yang menyebut untuk keluar makan pun
dia takut bimbang terjadi apa-apa yang tidak diingini.
Setakat ini, pihak
polis masih belum menahan atau memberkas suspek selepas kes berkenaan berlaku
23 Oktober lepas sudah masuh hari kelima selepas kejadian itu.
Rakan suspek ini,
turut bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara ini tanpa mengetahui
status sebenar adakah mengikut peraturan atau tidak seperti ditetapkan
Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Terdapat sedikit
kebimbangan apabila rakan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan
banyak meminati beberapa jenis laman berunsur seks seperti yang dapat dilihat
melalui Facebooknya, tidakkah ia termasuk juga dalam proses tapisan yang perlu
dijalankan oleh KDN?
Diharapkan pihak
berkuasa menyedari perkembangan terbaru yang sudah pun tersebar di laman-laman
blog di internet berkenaan identiti sebenar suspek dan juga rakan-rakannya.
No comments :
Post a Comment