Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 12, 2013

MANGGA SELUAR TEMAN WANITA, ELAK KECURANGAN!

~ INI SUDAH LEBEH SAMPAI NAK MEMASANG MANGGA KAT SELUAR TEMAN WANITA NAK ELAK KECURANGAN! SEKITAR TAHUN 70’AN SEORANG ADUN PERNAH BUAT CADANGAN MACAM NI ~


Seorang lelaki di Mexico telah ditahan selepas memaksa teman wanitanya memakai mangga yang diikat pada seluar jeans wanita terbabit, bagi memastikan dia tidak curang.

Wanita itu yang berusia 25 tahun, dan tidak didedahkan identitinya, telah membuat laporan polis selepas mengalami kesakitan kerana tidak dapat ke tandas selama beberapa jam.

Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu, telah melakukan perbuatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Dia bagaimanapun tidak berani menanggalkan mangga berkenaan, kerana takutkan lelaki tersebut.
Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit.
Namun mereka terkejut kerana wanita itu tidak mahu teman lelakinya didakwa.

Lelaki itu hanya ditahan selama sehari dan dia telah dibebaskan selepas menandatangani dokumen untuk tidak mengenakan mangga itu lagi terhadap wanita tersebut.

Dalam pada itu, aktivis wanita, Araceli Gonzalez, telah mengecam polis kerana gagal melindungi golongan wanita.

“Dia menjadi mangsa selama 12 tahun, namun polis dan masyarakat tidak berbuat apa-apa.

“Kes ini dikendalikan tanpa mematuhi peraturan dan tiada siapa pun yang bertindak terhadap keganasan ini,’’ katanya. (sumber)


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.