Sebelum Lim Guan Eng
tergopoh-gopoh menyalahkan UMNO,ROS,mahupun komputer atau pun cuaca sekali pun
atas kontroversi yang melanda pemilihan CEC,eloklah beliau meneliti sejenak
fakta isu ini agar tidak perlu menutup malu dengan cara yang memalukan
juga.Secara dasarnya,pemilihan CEC telah berlaku 3 kali.Iaitu kali pertama di
mana keputusan dikatakan telah tersalah kira kerana kesilapan komputer.Kali
kedua adalah sebenarnya ‘kiraan semula’ undi yang berakhir dengan keanehan di
mana kiraan undi untuk beberapa perwakilan menyaksikan perbezaan yang
tinggi,sedangkan perwakilan lain tidak pula banyak bezanya.Kiraan ini didapati
tidak menepati masalah matematik yang kononnya berpunca dari
komputer.Kemudian,terdapat juga aduan kepada ROS bahawa 753 perwakilan telah
tidak menerima notis mesyuarat sekali gus dinafikan hak mengundi.
Kali ketiga
merupakan pemilihan semula pada September lalu yang menyaksikan senarai
pemenang yang sama.Pun begitu,ia tetap penuh dengan kontroversi apabila lebih
ramai perwakilan yang ‘hilang’ berbanding sebelumnya.Turut didapati begitu
ramai calon menarik diri saat akhir selain kes pengundi hantu di mana mereka
yang dipecat juga telah mengundi.Antaranya ialah Jenice Lee dan juga David
Dass.Pemecatan mereka berdua ini pula bukannya kerana melanggar disiplin parti
tetapi kerana mempersoalkan tindakan kepimpinan sahaja.Jelas sekali,bahawa
kepimpinan DAP tidak boleh dipersoal dan jauh sekali ditegur. Jika sebarang
kesilapan atau kesalahan mereka didedah, maka pecatlah jawabnya.Untuk itu,David
Dass mendedahkan bahawa beliau telah dipecat serta merta pada 2 Julai lalu
kerana mempersoalkan tindakan kepimpinan dalam isu pemilihan CEC tetapi telah
turut membuang undi pada 29 September lalu bagi memilih senarai CEC.Beliau juga
menunjukkan surat pemecatan beliau yang bertarikh 7 Oktober 2013 yang
diterimanya pada 10 Oktober 2013.
Saya tidak faham
kenapa begitu sukar untuk DAP mengadakan pemilihan dengan teratur ??? Susah
sangatkah untuk menghantar notis dan memastikan kehadiran mahupun memecat
mana-mana ahli mengikut prosedur ??? Apakah DAP benar-benar begitu bodoh sekali
??? Bayangkan,hampir setahun,iaitu sejak Disember tahun lalu sehingga Oktober
tahun ini,DAP masih belum dapat menyelesaikan isu undi yang hanya melibatkan
2000 lebih perwakilan.Inikah yang dikatakan ‘cekap’ ??? Kes perwakilan tidak
menerima notis tidak terjawab, dan kemudian kes perwakilan ‘hilang’ juga tidak
terjawab.Inikah yang dikatakan ‘telus’ ??? Begitu juga apabila aduan
dibuat,pemimpin DAP langsung tidak menyiasat malah enggan mengaku salah
pula.Inikah yang dikatakan ‘amanah’ ???
Lim Guan Eng sering
menafikan tuduhan bahawa beliau adalah penipu,kuku besi,korup dan
rasis.Tetapi,beliau tidak mampu pula membentangkan hujah untuk menjawab semua
persoalan mudah di atas.Satu-satunya hujah yang beliau tahu adalah menyalahkan
UMNO,ROS dan segala-galanya yang berkaitan kerajaan atau Melayu dan
satu-satunya tindakan yang beliau mampu lakukan untuk menangani kesilapannya
ialah dengan memecat orang yang mengkritiknya.Inikah yang dikatakan sebagai
‘bijak’ dalam konteks DAP ??? Memandangkan pemilihan semula CEC juga penuh
dengan persoalan yang tidak berjawab,mungkinkah DAP perlu membuat pemilihan
semula sekali lagi ??? Jika tidak,maka integriti DAP akan selama-lamanya
dipersoal serta barisan kepimpinan CEC tidak akan dihormati oleh lawan,mahupun
ahli-ahli sendiri.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment