Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, October 28, 2013

KEMANA HILANGNYA SAHAM BUMIPUTERA RM52 BILLION ? ;MENJAWAB HUJAH PAKATAN RAKYAT


Pihak yang mendedahkan isu pegangan ekuiti bumiputra yang tinggal 2 billion didalam pasaran saham adalah Ds Najib sendiri..Lim Guan Eng hanya ambil isu ini dijadikan modal kononnya beliaulah hero dan pembela melayu.

Kenali apakah itu IPO (Initial Public Offer). Saham IPO ialah Initial Public Offering atau Saham Terbitan Awal. Sebelum sesuatu saham itu disenaraikan di Bursa Malaysia, saham tersebut akan ditawarkan kepada pihak2 seperti berikut ; i.Pelabur Bumiputera yang dikenalpasti oleh MITI, ii. Pelabur Institusi, dan iii. Orang Awam yang BERKEMAMPUAN. Harga tawaran akan dinyatakan dimana harga tawaran kepada pihak institusi adalah berbeza dari harga tawaran kepada orang awam. Prospektus sesuatu saham IPO itu akan hanya dikeluarkan semasa tawaran kepada orang awam dibuat. Siapa yang layak memohon saham IPO ?, jawabannya ada disini : http://www.faizalyusup.net/search?q=Saham+Bumiputera

52 billion pegangan bumiputra didalam pasaran saham yang tinggal hanya 2 billion. Kemudian bermodalkan fakta inilah ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang a.k.a. MP Bagan (Melaka Mali) menjadikan modal untuk memperbodohkan melayu yang beliau tahu cukup mudah dimanipulasi seperti mana beliau melembukan melayu Pulau Pinang.

Tujuan Lim Guan Eng membangkitkan isu ini sebenarnya untuk membuktikan bahawa melayu sendiri yang bodoh kerana menjual saham saham pegangan mereka kepada orang lain.

Perkara yang sebegitu mudah tidak boleh dicernakan otak haprak pakatan yang kita semua tahu bebal bodoh dan tidak mampu untuk berfikir,maka fakta itu dijadikan azimat untuk menghentam Umno .

Tahukah mereka apa yang mereka cakap atau sekadar berkokok dan menyalak menjadi pencacai DAP? Saham RM52 billion yang telah diagihkan melalui peruntukan khas saham bumiputera bukannya dapat secara percuma,tetapi harus dibeli. IPO yang dikeluarkan boleh dibeli asalkan beliau seorang bumiputra dan MAMPU. Kalau mana mana haprak pakatan nak beli dipersilakan, pakat beli ramai ramai di bursa saham.Tapi semua orang tahu yang berlonggok di Bursa Saham dan syarikat sekuriti adalah uncle uncle dan aunti aunti bukan melayu. Juak haprak pakatan hanya berlonggok di bursa saham, buat fitnah di ceramah ceramah haprak pakatan. Itu saja saham mereka!

Pensyarah, doktor,engineer mahu pun kerani ofis yang berkemampuan boleh membeli saham kuota bumiputra . Saham-saham itu bukan seperti subsidi mahu pun wang ehsan yang diberi terus kepada mana mana individu secara percuma.

Kita kena tahu, agihan saham-saham kepada bumiputra yang dikatakan "hilang" itu bukannya hilang tetapi saham yang berbentuk saham bebas, boleh dibeli (jika mampu) dan boleh dijual semula, namun begitu semasa saham2 ini dibuka, ramai pemegang saham itu (khasnya bumiputera) telah dijual semula oleh pemegang-pemegang saham yang terdiri daripada 3 pihak yang saya nyatakan diatas. Fakta seterusnya, saham2 berkenaan sebenarnya diagihkan sepanjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dijalankan bukannya saham yang dibuka mengikuti masa2 tertentu. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta untuk mendapatkan keuntungan segera  disamping dapat memohon saham yang baru. Maka pegangan saham yang dapat melalui IPO habis begitu saja.

Di sini, siapa yang dapat tidak menjadi persoalan sedangkan saham amanah seperti ASN/Saham wawasan pun melayu tak beli, inikan pula saham syarikat senaraian awam, lihat contoh bagaimana kaum lain menghabiskan kuota bukan bumi hingga terlebih langgan.

Saham yang dibeli, apabila harga telah meningkat maka pemegang saham bebas untuk menjualnya,adakah ini dikatakan SKANDAL? Bezanya cuma pemegang saham bumiputra tidak mempunyai ketahanan untuk mengekalkan pegangan kerana mahu mengaut keuntungan. Saham bukannya seperti lot rumah bumiputra yang tidak boleh bertukar tangan kepada bukan bumi apabila dijual.

Lim Guan Eng ternyata cuba MEMANIPULASI fakta bombastik ini untuk menghasut dan membangkitkan kebencian rakyat. .Beliau merasakan amat mudah memperbodohkan orang melayu kerana kaum ini cukup malas untuk berfikir hanya tahu terima kencing beliau mentah mentah.

Alangkah bagusnya jika Lim Guan Eng mendedahkan siapakah penerima ‘PINK FORM’  saham saham bumi YANG paling banyak dinegara ini daripada menyalak dan berbohong kepada rakyat. Barangkali beliau boleh rujuk kepada Anwar bekas menteri kewangan dahulu dan Azmin kerana mereka berdua yang menguruskan siapa yang patut duduk didalam syarikat senaraian awam sebagai proksi mereka.:klik SINI , selepas itu kita boleh bincang apakah SAHAM YANG DIBELI itu adalah satu skandal atau pun penyelewengan.

Peranan Permodalan Nasional Berhad : Dalam mengatasi sebarang bentuk permasalahan dalam agihan Saham IPO dalam DEB, maka Kerajaan mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan Permodalam Nasional Berhad (PNB) yang menjadi organisasi dalam observer dan superivasi dalam pengendalian saham-saham yang diperuntukkan. Maklumat lanjut disini : http://www.pnb.com.my/about/about_us.cfm?cat=1&subcat=1

Peranan EKUINAS : Selain tindakan Kerajaan menubuhkan PNB pada tahun 1978, Kerajaan turut juga menubuhkan EKUINAS untuk memastikan kelangsungan ekuiti Bumiputera dalam Syarikat-syarikat milikan awam dan tidak terbabas daripada aktiviti pasaran bebas saham yang semakin mencabar. Memandangkan EKUITI Bumiputera masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan, kerajaan tidak berputus asa dengan menubuhkan EKUINAS. EKUINAS sebenarnya memainkan peranan yang lebih mendalam berbanding PNB dengan dua objektif utama iaitu objektif kewangan dan objektif sosial. Dalam objektif kewangan EKUINAS mensasarkan kadar pulangan dalaman minimum bumiputera (IPP) sebanyak 12% setahun dan sasaran 20% IRR sepanjang portfolionya. Bahkan juga EKUINAS menjadi "main stake player" dalam membantu pegangan syarikat2 bumiputera dalam kelestarian pasaran bebas saham. Bahkan penubuhan Ekuinas oleh kerajaan mungkin boleh menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada kelemahan yang wujud di kalangan pelabur bumiputera. Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.

TERAJU : Dalam menambahkan kompetensi kemapanan saham-saham dan ekonomi Bumiputera khasnya, kerajaan menubuhkan satu lagi entiti memperkasakan kedayasaingan ekonomi bumiputera iaitu TERAJU. Jika EKUINAS berperanan dalam aspek pengurusan ekuiti bumiputera, TERAJU pula menjadi "Mainstay Tapioca" dalam ekonomi Bumiputera. Kedua-duanya saling berkait.

Adalah sangat tidak adil dengan menyalahkan pihak Kerajaan semata-mata dalam isu "kehilangan" saham Bumiputera RM52 Billion walhal, kenapa TIDAK juga dipertanggungjawabkan kepada pemegang dan pembeli saham-saham berkenaan ?.

Dalam pada masa yang sama, Pakatan juga harus dipertanggungjawabkan atas TIGA persoalan berikut ; KEMANA HILANGNYA RM3.5 JUTA TABUNG MEMALI ? KEMANA HILANGNYA RM44 JUTA PELABURAN KOHILAL ?  KEMANA HILANGNYA RM3 BILLION MENURUT SD DATO MURAD ?

Kesimpulannya ; Pertuduhan Pemimpin Pakatan khasnya dan sekelian penyokong mereka amnya, untuk mencari salah pihak Kerajaan sebenarnya membuka pekung mereka sendiri ibarat "Penyu bertelur beratus-ratus biji, diam menyepi, sedangkan ayam bertelur sebiji riuh sekampung". Benar juga kata pepatah, "Menepuk air didulang, tapi terpercik ke muka sendiri".

Bacaan lanjut :
TAWARAN AWAM PERMULAAN : TINJAUAN PRETASI SEPANJANG DEKAD


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.