Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 27, 2013

[FOTO] Yang Patut Ahli Pas Lihat!!! Yang Tidak Akan Disiarkan Dalam Harakah!!!


Dengan bola sepak dapat manjalinkan ukhwah antara 2 pemimpin PAS dan UMNO,Politik ada medannya,jadi mengapa kita nak bermasam muka antara sesama muslim..
Tetapi dulu-dulu semasa Kelantan dibawah Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan seperti dilaporkan dalam Harakah...
 29 Mei 2013 KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup. Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.  “Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. “Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam. Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. 
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu 
dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka
May 17, 2013
Ini pulak kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas

Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini

Tapi sekarang Kelantan dibawah MB yang baru Datuk Ahmad Yaakob yang ternyata jauh lebih cerdik dan berpandangan kedepan demi penyatuan sesama muslim....Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Syukur Alhamdulillah.. semoga bibit-bibit penyatuan ini dipanjangkan demi Allah, demi Rasulullah, demi ummah ahli sunnah wal-jammaah dan demi kalimah Laa-ila-ha-illallah Muhammadar-Rasulullah. 

Baca seterusnya : di sini



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.