Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, October 29, 2013

Wan Ji : Gelaran ‘Ketua Agama Islam’ Yang di-Pertuan Agong Adalah Bidaah



AIDCNews – 29/10/13 – Blogger pro Pas, Wan Ji Wan Husein berpendapat Islam tidak sewajar diletakkan di bawah sistem pentadbiran kerajaan sepertimana yang dipraktikkan sekarang kerana ia akan merosakkan imej Islam.

“Saya tidak bersetuju institusi keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.

“Buang aspek agama daripada kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam,” kata Wan Ji dalam forum anjuran projek dialog yang bertajuk “Adakah Islam Bertentangan Dengan Hak Asasi.”

Projek Dialog disebut-sebut sebagai projek Islamic Renaissance Front (IRF) untuk mempromosi mempromosi idea liberal Islam di Malaysia.

Malah ia sinonim dengan Ahmad Fuad Rahmad, penganalisa di Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Pengarah penyelidik IRF yang disebut laman irfront.net sebagai Editor pengurusan www.projekdialog.com.

Wan Ji dilaporkan FMT menggelarkan gelaran ‘ketua agama Islam’ untuk Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam perlembagaan adalah bidaah.

“Nabi Muhammad saw sendiri tidak menggelar dirinya ketua agama Islam. Gelaran yang ada ialah Amir-al-Mukminin, bermaksud ketua orang Islam.

“Gelaran ketua agama Islam itu bidaah,” kata Wan Ji.

Selain Wan Ji, forum itu turut disertai oleh kolumnis laman portal berita The Malay Mail Online. Zurairi AR dan peguam Fadiah Nadwa Fikri yang juga merupakan Penolong Setiausaha IRF.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dikritik Wan Ji yang menggelar jabatan itu sebagai Jabatan Kekeliruan Islam Malaysia.

Beliau menambah bahawa perbuatan pihak tertentu yang beragama Islam yang menidakkan hak bersuara bukan Islam adalah bersamaan dengan menolak al-Quran.

Wan Ji turut mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik, Herald.

“Larangan itu tidak berasaskan al-Quran. Untuk mereka yang beragama Islam, Allah itu satu manakala untuk Kristian, tiga.

“Allah berfirman kebenaran akan terserlah, kebatilan akan hancur. Jadi adakah kita meragui Islam?”

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.