
Tarikh itu ditetapkan minggu lalu selepas panel
tiga hakim menangguhkan keputusannya pada 10 September setelah mendengar hujah
Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia serta Ketua Biskop Roman Katolik
Kuala Lumpur dalam kes berkenaan.
Tiga panel itu terdiri daripada Hakim Mahkamah
Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk
Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Tetapi biar apapun keputusan Mahkamah Rayuan,
pihak-pihak yang berkenaan dalam kes itu dijangka akan mengemukakan rayuan
terakhir ke Mahkamah Persekutuan.
Kes itu juga disertai oleh enam majlis agama
Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor,
Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
yang diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mencelah.
No comments :
Post a Comment