Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan TKI (BNP2TKI) Jumhur Hidayat
Media Indonesia,
Kompas.com memetik kenyataan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan
Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Jakarta yang mengecam
tindakan PDRM menembak mati tiga orang rakyatnya di sebuah rumah pangsa di
PPR Hiliran Ampang, beberapa hari lalu.
Moh Jumhur Hidayat
menyatakan, polis Malaysia bertindak sebagai PENGECUT yang telah menembak mati
penjenayah-penjenayah rakyat Indonesia tanpa mengambil kira pula ancaman yang
dibuat oleh penjenayah-penjenayah terbabit sama ada terhadap anggota-anggota
polis mahupun rakyat tempatan yang telah mereka jadikan sebagai mangsa.
JAKARTA,
KOMPAS.com — Pemerintah Republik Indonesia memprotes penembakan terhadap empat
warga negara Indonesia hingga tewas oleh polisi Malaysia. Polisi Malaysia juga
dianggap senang main tembak.
"Sepertinya polisi Malaysia bermental
pengecut karena sedikit-sedikit menembak. Melumpuhkan, kan, tidak harus
membunuh apalagi mereka bukan teroris," kata Kepala Badan Nasional
Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat
di Jakarta, Minggu (13/10/2013).
"Saya
mengecam keras tindakan barbar polisi Malaysia yang dengan mudahnya menembak
orang hingga tewas," kata dia lagi. Baca selanjutnya di sini.
Terdapat jutaan
rakyat Indonesia di Malaysia sama ada untuk mencari makan, belajar mahupun yang
datang ke negara ini untuk bikin onar. Sehingga ke hari ini, kerajaan Malaysia
masih lagi tidak menguatkuasa sepenuhnya undang-undang anti-pendatang asing,
meskipun jumlah kehadiran pendatang asing di Malaysia sudah mencapai tahap
bahaya.
Pembabitan rakyat
asing dalam jenayah, terutama sekali yang membabitkan rakyat Indonesia bukanlah
perkara baru. Dengan sikap penduduk tempatan yang mudah menerima orang luar
bahkan melayan orang luar seperti ahli keluarga sendiri, telah mendorong lebih
ramai rakyat asing, khususnya warga Indonesia menjadikan Malaysia sebagai
tempat mereka mengubah kehidupan.
Amat menarik ialah
apabila orang politik Indonesia seperti Jumhur bukan main pandai lagi mengecam
pihak penguasa negara lain apabila melaksanakanpenguatkuasaan undang-undang
tanpa mengambil kira bahawa pihaknya sendiri merupakan pesalah terbesar
sehingga menyebabkan jutaan rakyatnya menyeberang ke negara ini untuk mencari
rezeki.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment