Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 13, 2013

Anwar Terdesak Cari Publisiti – Ezam

SHAH ALAM: Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor menyifatkan tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam dialog agama bersama Pope Francis di Rom baru-baru ini sebagai modal mendapatkan publisiti.

Kata beliau, Anwar kini dilihat semakin terdesak dalam meraih perhatian serta keyakinan rakyat.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim ni ahli politik yang terdesak sekarang. Dia dah hilang modal. Sebab itu dia akan mencari ruang untuk mendapatkan perhatian. Setiap ruang yang ada, setiap tokoh besar yang dia jumpa, institusi berpengaruh yang dia boleh jumpa untuk menarik balik perhatian rakyat dan menarik perhatian dunia kepada beliau, beliau akan lakukan.


“Itu memang strategi dia. Dia akan gunakan kawan-kawan, tokoh tertentu untuk buat program untuk beliau untuk menonjolkan balik imej beliau.

“Saya rasa perjumpaan dengan Pope ini pun salah satu daripada strategi. Bukan untuk agama. Bukan untuk kepentingan agama, tapi untuk kepentingan politik beliau,” katanya kepada Antarapos.

Sebelum ini Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau dijemput oleh Pope untuk menyertai dialog berkaitan agama di Rom.

Dialog itu turut melibatkan pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol.

Mengulas lanjut Ezam berkata kehadiran Anwar yang kononnya mewakili suara Islam itu diragui kerana keperibadian serta kedudukannya dalam kerajaan.

Malah beliau turut bimbang perkara itu akan menimbulkan tafsiran salah di kaca mata dunia terhadap agama Islam.

“Rekod sebelum ini kita punya alasan untuk bimbang bahawa kehadiran beliau bukan untuk kepentingan agama, malah beliau sanggup berkompromi dari sudut kepentingan agama untuk mencapai kepentingan individu dan kepentingan politik beliau sendiri.

“Kita bimbang akan mengundang masalah yang akan merugikan umat (Islam), bukan menguntungkan umat,” ujar beliau.

Katanya, Anwar sering dikaitkan sebagai pemimpin liberal. Beliau dikatakan menyokong serta terlibat dalam amalan seksual LGBT sehingga diheret ke mahkamah berhubung kes liwat dengan bekas pembantunya.

Malah, Anwar turut menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible Bahasa Melayu yang boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini – Antarapos


Anwar Tertarik Personaliti Pope



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.