Menurut sejarah,
masyarakat Cina sudah berada di Tanah Melayu sekurang-kurangnya sebelum abad ke
19 lagi .Pada tahun 1870 terdapat kira-kira 10,000 orang Cina di Sungai Ujong.
Di Selangor menjelang tahun 1850, sudahpun ada lombong bijih yang diusahakan
oleh orang Cina di kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Sungai Kanching dan Kelang.
Pada waktu yang sama terdapat juga perkembangan yang berlaku di Johor. Di sana
Temenggung lbrahim telah menggalakkan tanaman lada dan gambir dengan memberikan
kawasan-kawasan di sepanjang sungai untuk orang Cina membuka ladang. 'Surat
Sungai' atau surat kuasa diberikan kepada sescorang ketua atau 'Kangchu' di
satu-satu kawasan gambir dan lada. Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk Cina
di Johor mencapai bilangan 100,000 orang.
Pihak British juga
menempatkan orang-orang cina di kawasan lombong dan kemudiannya ada di antara
mereka berpeluang menjadi pengusaha lombong dan terlibat dalam aktiviti ekonomi
berkaitan bijih timah. Pendapatan yang agak baik daripada penghasilan bijih
timah mendorong kegiatan aktif ekonomi masyarakat setempat (kaum Cina). Dengan
itu mereka mampu untuk berbelanja seterusnya menggalakkan aktiviti ekonomi
seperti peruncitan barangan keperluan, pakaian, dan sebagainya. Pihak penjajah
Inggeris yang mentadbir ekonomi Tanah Melayu turut menyediakan kemudahan awam
dan prasarana yang lebih baik di kawasan perlombongan itu dan akhirnya membantu
kawasan tersebut menjadi bandar kecil. Dengan itu muncul satu lagi golongan daripada
kalangan mereka iaitu golongan peniaga.
Para peniaga ini
berjaya dalam perniagaan mereka kerana terdapat prasarana yang baik disediakan
oleh Inggeris dan penduduk setempat mempunyai kuasa beli yang menggalakkan.
Persekitaran ekonomi yang aktif dan produktif ini dinikmati oleh masyarakat
bandar sejak awal pembukaan lombong
sehinggalah kini.
Jika kita ambil
tarikh 1900 sebagai permulaan orang Cina di kawasan lombong, bermakna orang
Cina sudah bergerak selama 57 tahun pada tahun 1957 sedangkan orang Melayu
bermula dengan 000000 pada 1 September 1957.
Adakah ini adil bagi
orang Melayu? Bacalah sejarah dan fahamilah ia. Fahami juga yang tersirat di
sebalik yang tersurat.
Lihat juga bilakah
sekolah Melayu pertama dibina dan bilakah sekolah Cina pertama dibina di Tanah
Melayu?
Adilkah perlumbaan
ini?
Mengambil kira tahun
1900 tadi, masyarakat Cina diberi peluang oleh Inggeris selama tidak kurang 57
tahun (sebelum merdeka) dan peluang tersebut tidak pernah dihentikan atau
dirampas sehingga kini.
Orang Melayu cuba
diberi pelauang melalui DEB sejak 1970 hingga dimansuhkan
pada 1990 belum sampai 50 tahun.
Orang Cina bermula
ketika orang Melayu dalam keadaan daif dan miskin. Orang Melayu diberi peluang
ketika orang Cina sedang kuat dan berada di puncak.
No comments :
Post a Comment