Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 10, 2013

Tony Pua Yang Sebenarnya Ketua 'Anjing DAP'


Ketua Publisiti DAP Tony Pua adalah ketua kepada 'anjing-anjing DAP' kerana sering menyalak untuk menutup kepincangan parti itu dengan menghina Pertubuhan Pendaftar (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO.

Beliau (Tony) bertindak sedemikian bagi mengalih perhatian orang ramai daripada melihat kelemahan DAP khususnya berkaitan dengan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pembangkang itu.

"Sebenarnya beliaulah  'anjing DAP' kerana sikapnya yang sering menyalak untuk menutup kepincangan parti berkenaan dan beliau sepatutnya melihat semula kepincangan dalam CEC itu kerana ia dibangkitkan sendiri ahli DAP.

"Jangan mengheret orang lain kerana pemilihan semula itu adalah kehendak majoriti ahli DAP selepas merasakan berlaku manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan CEC terdahulu."

Tony dalam laman Facebooknya baru-baru ini menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing Umno' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC berikutan pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses pemilihan CEC pertama pada 15 Disember lalu.

Seluruh anggota Umno wajar mendesak Tony memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli Umno, kakitangan ROS dan Utusan Malaysia di atas tindakannya yang begitu celupar serta biadap sehingga melangkaui batas dan nilai-nilai murni kehidupan," katanya.

Disamping itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu meletak jawatan atas kegagalannya mentadbir parti itu sehingga menyebabkan DAP di ambang pembatalan pendaftarannya. Malah beliau juga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut kerana gagal mendapat “undi popular” dalam pemilihan itu serta patut merasa malu.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.