Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 20, 2013

PKR takut dengan UFB?


Petikan dari Blog Student Adelaide


 

Sebenarnya, aku memandang PKR dengan pandangan sebuah parti progresif yang terbuka, ilmiah dan intelektual. Tidak seperti parti-parti lain. Manakala, DSAI merupakan suara rakyat dan model masyarakat marhain dalam contoh sikap keterbukaan. Malangnya, alasan-alasan sampah daripada pihak AIC telah mengubah pandangan aku terhadap PKR.
DSAI merupakan "ayatolla" usrah zaman 70an. Beliau merupakan pengasas ABIM. Karisma beliau dan anugerah lidah daripada Allah menjadikan beliau seorang yang hebat bila berpencak di atas pentas. Ketika beliau memilih untuk menyertai UMNO, beliau pernah berdialog dengan TG Haji Hadi di USA. Hasilnya hampir separuh pejuang-pejuang gerakan Islam mengikuti beliau bersama UMNO. Dari sudut pandangan lain, DSAI berjaya menewaskan TG Haji Hadi.
Pengetahuan dan penguasaan agama Islam DSAI juga tidak boleh dipandang rendah. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu memberi kuliah-kuliah agama dan menyampaikan khutbah Jumaat. Bukankah DSAI akan menyampaikan khutbah di Masjid Wandana?
Sesiapa yang mengenali aku pasti tahu aku jarang mengkritik PKR dan tidak pernah mengkritik DSAI. Pada aku, kenangan bermandi hujan FRU tahun 1998 adalah kenangan yang indah. Ketika itu, keADILan belum wujud, yang ada hanya Adil. Mungkin memoir tersebut membuatkan aku lunak dengan PKR.
Oleh itu, aku mahu menjawab jawapan-jawapan bacol budak-budak AIC. Aku tidak mahu menyebut nama mereka. Aku hanya anggap mereka sudah menjadi sebuah "groupthink" yang melakukan projek pembodohan terhadap rakyat.
Tajuk yang dicadangkan sahabat aku, pemuda PKR, DSAI akan bawa.
1. Tajuk tersebut adalah daripada porposal kami. Mereka yang ciplak dan alih bahasa saja.
2. Kalau ya pun tajuk sama, kami boleh tukar tajuk lain. Apa masalah? Alasan ini sangat dangkal.
UFB not on the same par dengan DSAI dalam politik, dia bukan academician yang patut sentuh isu tersebut
1. Sejak bila PKR mengamalkan sistem kasta? Adakah semua perkara perlu dilihat kepada par seseorang dalam politik apabila ingin sepentas dengan DSAI? Diulang sekali lagi, wacana yang ingin dijalankan bukan wacana politk. Janganlah setiap perkara hendak dinilai dengan politk.
2. Adakah hanya politikus yang tua saja yang layak memberi pandangan? Pemikiran apakah ini? Tajuk umum yang mampu diulas oleh sesiapa menurut sudut pandang masing-masing. Apakah pemuda-pemuda PKR tidak meraikan kepelbagaian pandangan dan idea?
3. Adakah orang agama tidak layak sepentas dengan DSAI hanya disebabkan dia UMNO? Adam Adli boleh berkongsi pentas bas PKR dengan DSAI disebabkan dia membantah kerajaan? Jika beginilah sikap asabiyah dan sekular yang ada dalam kepala orang dikeliling DSAI, sudah pasti mereka juga akan jadi seperti dinosour-dinosur UMNO suatu hari nanti.
4. UFB mempunya PhD. DSAI ada PhD? UFB sudah melalui proses akademik untuk mendapat PhD dengan kelulusan mumtaz (cemerlang). Adakah UFB tidak dipandang sebagai ahli akademik? PhD beliau diselia dan disemak oleh ulamak-ulamak hadis di Malaysia dan di tanah arab.
5. Mungkin budakbudak PKR terlupa atau tidak tahu dengan kisah Usamah bin Zaid ra. yang masih muda dan tak sama par dengan ahlul Badar diarahkan untuk memimpin sahabat-sahabat rhum yang lebih senior untuk pergi berperang. Ini dalam hal memimpin. Kami cuma mahukan UFB dan DSAI sepentas berkongsi idea dan pandangan. Apa masalah?
6. Mungkin juga budak-budak AIC tidak pernah tahu perihal al-Imam as-Syafie rah. dibenarkan memberi fatwa seawal usia 14tahun. Ini hal memberi fatwa yang menentukan halal dan haram dalam urusan syurga neraka. Apa besar sangan par DSAI dengan UFB nak banding dengan par Imam as-Syafie rah. ketika 14 tahun ?
7. Apakah kelayakan DSAI memberi khutbah pula? Sedang di hadapan yang mendengarnya mereka yang punya kelulusan dalam bidang agama. Jika par itu menjadi ukuran, budak-budak AIC patut bantah kerana par DSAI tidak layak di situ. Layaknya beliau hanya di pentas-pentas bahasa dan politik sahaja.
UFB layak berdebat dengan DrMAZA
1. DrMAZA orang PKR ke? DrMAZA datang ke Adelaide? Di mana orang PKR? Kenapa perlu "passing" kepada orang lain? Boleh calonkan siapa budak PKR yang berani sepentas dengan UFB? Inilah bukti budak-budak AIC pun cuak dengan UFB barangkali. Jangan buat-buat lupa DrMAZA pernah meminta DSAI bersara dari politik dan beliau masih tidak menarik kembali pandangan beliau.
2. Sikap "divert" ini adalah sikap manusia bacol. Sudah jelas budak-budak AIC juga berfikir karisma DSAI akan tercabar jika sepentas dengan UFB. Kehebatan DSAI akan tergugat bila berkongsi idea dengan UFB. Amat memalukan apabila AIC sendiri tidak yakin dengan kehebatan DSAI.
Kesimpulan
Kesimpulannya mudah, barangkali DSAI hanya berani cabar manusia yang tidak petah berbicara, tidak pandai berdebat dan tidak tuntas bermain kata. Bila ingin dipentaskan sekali dengan manusia yang ada kelebihan sama seperti DSAI untuk tajuk yang neutral, pelbagai alasan-alasan sampah dikeluarkan.
Orang muda dan masyarakat pintar percaya kepada kepelbagaian idea dan pandangan dapat memberi impak yang besar kepada diri mereka. Kami boleh menilai dan memilih yang terbaik. Kami juga mampu menggabung dan mengharmonikan pelbagai pandangan dan idea.
Kepada AIC dan orang di pejabat DSAI, tolong jadi matang dan terbuka. Projek pembodohan kalian menyebabkan aku melihat agenda PKR hanyalah lakonan, retorik dan cakap tak serupa bikin. Tiada beza pola pemikiran kalian dengan UMNO. Bezanya, kalian belum dapat kuasa lagi.
Wallahu'alam.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.