AIDCNews – 25/10/13 – Datuk Ambiga Sreevanasan,
Pengerusi Bersama BERSIH dan Yuktes Vijay, bekas pembantu peguam bela Datuk
Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan debat dalam masa terdekat berkenaan dakwaan
penipuan Pilihanraya Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Debat itu dijangka akan diadakan pada 16 November
yang difahamkan telah dipersetujui oleh Ambiga dan Yuktes dalam tweet mereka.
Yuktes sebelum ini begitu aktif mengkritik Ambiga
dalam twitter dan melabelkan ‘penemuan Tribunal Rakyat’ yang penipu dengan merujuk
tribul anjuran Pengerusi BERSIH itu.
Pada 11 Oktober lalu, Yuktes telah cuba
mengadakan sebuah forum untuk mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13, namun forum itu telah
diganggu oleh samseng-samseng ‘upahan’ Ketua Umum PKR.
“Mereka yang diupah untuk ganggu forum itu adalah
‘pegawai-pegawai khas’ Anwar Ibrahim,” kata sumber.
Yuktes kemudiannya menghantar e-mel kepada Anwar
untuk mendapatkan penjelasan, namun seperti yang dijangka, Ketua Pembangkang
itu berdiam diri tanpa sebarang reaksi.
“Sehingga sekarang, Anwar gagal menjawab e-mel
saya, “kata Yukets kepada FMT.
Selepas itu Yuktes menghantar tweet kepada Ambiga
mencabar beliau untuk berbahas, Ambiga bersetuju dan menamakan seorang peguam
bernama Macfaisal sebagai moderator.
Macfaisal kemudiannya menulis tweet mencadangkan
16 November sebagai tarikh perdebatan, Ambiga dan Yuktes bersetuju dengan
tarikh cadangan itu.
No comments :
Post a Comment