Empat lelaki asing yang dipercayai anggota ‘Geng
Ah Fatt’ ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di
Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit
Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh
berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada
pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.
Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata
penjenayah menembak ke arah polis sebelum
polis bertindak balas.
“Polis menemui sepucuk pistol (di tempat
kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki
itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun.
“Pada masa yang sama, polis juga menemui barang
kemas dipercayai hasil samun di rumah di Bukit Antarabangsa yang dilakukan pada
kira-kira 3 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Susulan serbuan itu, beliau berkata polis
menangkap seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai baru selesai
membeli barang kemas samun itu di rumah pangsa berkenaan.
Mohmad berkata rumah pangsa itu juga dipercayai
didiami seorang daripada penjenayah itu dan keluarganya selain ia dijadikan
transit anggota kumpulan berkenaani untuk melakukan jenayah sebelum melarikan
diri ke Batam, Indonesia.
Beliau berkata siasatan polis mendapati kumpulan
itu aktif melakukan samun rumah VVIP di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.
“Polis sedang mengumpul laporan yang dibuat
pengadu berkaitan kumpulan yang dianggotai enam orang ini.
“Sebelum ini, mereka melakukan kes sama di rumah
seorang VVIP di Kuala Lumpur dan menyamun tiga pucuk pistol,” katanya.
Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu
-
BERNAMA
No comments :
Post a Comment