Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 12, 2013

OPS CANTAS - 6 PENJENAAH REBAH KETIKA BERBALAS TEMBAK DENGAN POLIS.....


Dalam dua tiga hari ini kita rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita gembira berikutan kejayaan pihak PDRM menumpaskan 6 penjenayah merbahaya di Kuala Lumpur  dan Ipoh. 3 semalam manakala 3 lagi ditumpaskan hari ini.

Bagi kita orang awam apabila disebutkan penjenayah bersenjatapi tentunya kita merasa gerun kerana mereka mempunyai senjatapi dan boleh memberi ketakutan kepada orang awam apabila mereka melakukan jenayah.

Ini merupakan kejayaan KDN yang diterajui Menterinya Datuk Seri Zahid Hamidi dengan kerjasama erat PDRM dibawah pimpina KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam apa yang dipanggil Ops Cantas Khas.

Setinggi tahniah  atas kejayaan ini dan diharap lebih ramai lagi penjenayah bersenjata merbahaya ini ditumpaskan. Ini kerana Kuala Lumpur berada di tangga ke 6 sebagai kawasan paling tidak selamat, sebagaimana dakwaan DAP-PKR dan puak Anwaris.

Jika ikut pembangkang, tiada satu apa pun yang betul dengan polis ni? Orang awam ramai ditembak, polis yang salah kononnya tidak bertindak tegas serta gagal mengurangkan kadar jenayah. Namun apabila penjenayah ditembak, pihak polis pula disalahkan yang kononnya tidak mengikut prosedur dan sebagainya. Lebih melucukan saranan salah seorang pemimpin kanan pakatan pembangkang meminta polis "bersilat" jika penjenayah membawa parang.

Itulah dia pembangkang di Malaysia, hanya fikir masyuk saja. Lagi banyak kejadian jenayah, dia lagi suka sebab boleh dapat wang hasil membela para penjenayah ini bila di hadapkan ke Mahkamah.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.