Pendedahan oleh
Sinar Harian berkenaan sekeping gambar wartawannya yang diubahsuai oleh jentera
PAS sebenarnya tidaklah mengejutkan sangat kerana dalam bab palsu memalsukan
gambar untuk tujuan perang saraf sudah menjadi tabie semulajadi jentera PAS
terutama sekali menjelang pilihanraya.
Dalam kes yang
didedahkan itu, wajah seorang wartawannya ditukar menjadi muka calon PAS yang
bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau dengan tujuan untuk memperlihatkan
keakraban hubungan calonnya itu dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Mujurlah bukti
dipaparkan oleh Sinar Harian adalah jelas dan terang, maka mahu tak mahu
pemimpin PAS Kedah terpaksa mengakui kesilapan mereka.
Jika tidak, agaknya
sampai selesai PRK DUN Sungai Limau pun ramai penyokong PAS yang masih
menyakini keaslian gambar tersebut dan terus menuduh UMNO yang melakukannyya.

Dalam kebanyakan kes
membabitkan pengubahsuaian gambar, selalunya pemimpin BN atau personaliti yang
berkaitan dijadikan mangsa oleh jentera saraf PAS semata-mata untuk mewujudkan
persepsi buruk dan pandangan negatif umum terhadap UMNO sekaligus memberi
manfaat politik kepada PAS atau rakan sepakatannya.

Bekas PM, Tun Dr
Mahathir juga tidak ketinggalan apabila semenjak PRU 1990 hingga PRU 1999
menjadi mangsa kejahatan penyokong PAS yang kreatif bila mana gambar beliau
sedang minum jus epal bersama PM Jepun dimanipulasi seolah-olah sedang meneguk
arak. Keadaan yang sama pernah dihadapi Pak Lah semasa kempen PRU 11 2004.

Selain itu, saksi
utama kes liwat Anwar Ibrahim iaitu Umi Hafilda juga pernah di edit gambarnya
supaya kelihatan seperti menunjukkan isyarat lucah dan ia disiarkan dalam
portal rasmi PAS, Harakahdaily.
Di Kuala Besut
baru-baru ini pula, taktik kotor digunakan oleh penyokong PAS dengan
memanipulasi logo NGO Melayu seperti Perkasa, MBM dan beberapa lagi NGO lain
bertujuan untuk mengabui pertimbangan para pengundi demi untuk menjayakan
kempen 16-16 yang dipelopori parti itu.
Banyak lagi
sebenarnya jika mahu diungkit salah laku dan sikap bobrok jentera kempen PAS
yang terbukti gagal menghayati keperibadian muslim yang sebenar. Nama saja
Islam pada partinya tapi pembawaan kempen jauh melangit tak menyerupai ajaran
Islam.
Inilah realiti wajah
sebenar PAS yang terlalu melebihkan kaedah kempen ala Machiavelli akibatnya
fitnah bermaharajalela, bila penyokong dan jenteranya sendiri pun gagal
mencerminkan watak seorang muslim yang hakiki, maka ia boleh disimpulkan
sebagai kegagalan pucuk pimpinan PAS dalam membawa hala tuju parti.
Sumber
No comments :
Post a Comment