Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 10, 2013

Perwakilan UMNO Jangan jadi Penakut! Pilih yang baik dikalangan yang baik-baik#Zahid Hamidi


Tersentuh rasanya bila melihat DS Zahid Hamidi terus teguh mempertahankan yang 'hak' dan prinsip perjuangannya walaupun begitu banyak cubaan untuk melawannya oleh pembangkang terutamanya dari kalangan chauvinis...

Ini pemimpin harapan melayu/bumiputera yang berani kehadapan untuk memastikan anasir-anasir jahat yang semakin menggila diluar sana ditumpaskan...

Mengenali diri beliau secara peribadi sejak 1985, beliau seorang pemimpin Melayu yang kuat pegangan agama islamnya, kuat kemelayuannya dan paling penting pejuang parti keramat melayu yang cukup berani mempertahankan hak dan maruah sebagai seorang pejuang melayu...

Difahamkan, pembangkang terutamanya puak chauvinis  sedaya upaya menjatuhkan imej beliau, untuk apa? Rupanya bila diselidiki, ini disebabkan beliau adalah pemimpin UMNO yang berani mempertahan dan memperjuangkan hak, maruah dan paling penting menjaga kepentingan orang Malayu/ Bumiputera...

Patutlah chauvinis ini beriya-iya nak pastikan beliau jatuh! Aku nak ingatkan kepada mereka diluar sana yang berhasrat mahu jatuhkan nama dan yang lebih teruk mahu jatuhkan karier politik beliau, cukuplah!! Kamu silap! Orang Melayu/Bumiputera tidak akan berdiam diri... mungkin ada yang bersama kamu, tetapi lebih ramai yang berjuang bersama kami... Pastinya,  kami akan bangkit pertahankan DS Zahid Hamidi sebagai pejuang kami!

DS Zahid Hamidi orangnya berprinsip, kata dikota adalah kekuatannya... istiqomah dalam perjuangannya adalah asas perjuangannya... jiwanya adalah demi perjuangan untuk agama bangsa dan negaranya... beliau bukan orang yang jenis cakap tidak serupa bikin! Tindakannya berasaskan undang-undang... tapi lihatlah dengan mata hati kita sendiri, tindakannya pasti mendatangkan hasil yang baik demi rakyat dan negara...

Orang yang baik pastinya didoakan yang baik-baik!

Baca berikutnya : di sini 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.