DULU, masa dia jadi Ahli Exco Rejim PAS Kelantan,
dia tak nampak macam mana dia mentadbir, macam mana dia buat kerja dan macam
mana orang melihat dia buat kerja.
Tapi sekarang, bila dia dah tak de jawatan dalam
Rejim, baru la Si Husam Kambing tu nampak kebenaran. Seterusnya, dia pulak yang
beria - ia nak hentam pihak Rejim.
Sekarang, dia pertikaikan mengenai pemberian
kawasan Hutan Simpan seluas 3,500 ekar kepada sebuah syarikat persendirian yang
bernilai RM 2 ringgit.
Tapi kenapa dulu, masa dia jadi Exco, dia tak
jelaskan langsung mengenai projek Ladang Rakyat yang merampas kawasan Hutan
Simpan di Gua Musang?
Kenapa masa dia pegang jawatan, dia langsung tak
jelaskan kepada rakyat mengenai projek mengondolkan bukit dikawasan Lojing dan
menceroboh kawasan milik Orang Asli?
Sekarang baru dia nak pertikaikan mengenai
masalah tersebut. Sekarang baru dia tau yang Negeri Kelantan ada masalah air
yang kronik.
Kenapa dulu, masa dia menjadi sebahagian dari
Rejim pemerintah, dia langsung tak ambik tindakan terhadap tahap kualiti air di
Negeri Kelantan?
Nampak sangat la yang selama ini Husam hanya
membutakan mata dan memekakkan telinga selama dia memegang kuasa dalam Rejim
PAS Negeri.
Sekarang, selepas dia hilang jawatan, pangkat
serta kuasa baru dia nak meroyan macam anjing gila tak tentu arah dan
menghentam pihak Rejim PAS Kelantan yang baru.
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang masuk hari ketiga hari ini panas seketika apabila bekas anggota Exco kanan Datuk Husam Musa bertegang urat dengan beberapa anggota Exco negeri ketika sesi penggulungan.
Pada satu ketika Husam (PAS-Salor) yang mempertahankan beberapa kenyataannya semalam yang menyentuh mengenai kepincangan kerajaan negeri kelihatan berang apabila beberapa anggota Exco berkenaan menafikan berlakunya penyelewengan dan salah tadbir.Anggota Exco berkenaan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan segala dakwaan Husam itu sangat serius dan tidak benar sama sekali.Husam yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan yang kelihatan kecewa dengan serangan itu beberapa kali bangun untuk mempertahankan kenyataannya itu.
No comments :
Post a Comment