Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, October 29, 2013

MP Pembangkang kena “DiSekolahkan” Di Parlimen


Didalam soal jawab lisan yang berlangsung di Parlimen baru baru ini, Ahli parlimen pembangkang telah “disekolahkan” oleh  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengenai perbezaan diantara rumah kediaman dan kompleks, dimana merujuk kepada  isu pembayaran bil elektrik dan air.

Pembangkang tidak faham kediaman dan kompleks PM, kata Shahidan

Pihak yang mempertikaikan bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menelan belanja hampir RM2.5 juta tidak faham istilah ‘kediaman’ dan ‘kompleks’ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).

Shahidan menegaskan, perbelanjaan yang dinyatakan adalah disebabkan kompleks berkenaan menempatkan kuarters kakitangan, dewan dan kemudahan lain untuk kegunaan di kompleks berkenaan.

“Mereka lupa itu kompleks Perdana Menteri. Ada ahli Parlimen yang tidak faham kediaman dengan kompleks. Ini bukan kediaman.

“Ada dewan, kuarters kakitangan, untuk seminar yang dilaksanakan di kompleks,” katanya semasa sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

DAP sebelum ini mendedahkan penggunaan bil utiliti di kediaman rasmi Najib di Kompleks Seri Perdana menelan belanja sebanyak lebih RM2.5 juta untuk tahun 2012.

Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Foke menegaskan, daripada jumlah itu, RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bayaran bil air.

“Macam mana Najib minta rakyat berjimat sedangkan setiap hari beliau membazir bil elektrik dan air.

“Tiada usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan,” kata Loke.

Shahidan sebaliknya membidas kenyataan berkenaan, dan menegaskan bil utiliti untuk kegunaan Najib dan isterinya dicaj sama seperti pengguna elektrik dan air di negara ini.

“Kalau Najib nak tidur sebilik dengan (Datin Seri) Rosmah (Mansor), hanya mereka berdua, bilnya sama dengan Timah dan Mamat,” kata Ahli Parlimen Arau itu lagi.

“Kadarnya sama. Jangan bincangkan isu yang boleh buat rakyat tertawa,” tegas Shahidan, dan menambah pembangkang perlu membincangkan isu yang lebih besar.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.