Salam kepada semua
penyokong-penyokong pembangkang Pakatan Rakyat!
Tak perlu ragu-ragu
lagi bahawa DAP tetap menentang pembentukan sebuah negara Islam dan pelaksanaan
hukum hudud biarpun Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya. Sudah diduga Karpal
Singh tetap dengan pendirian tegasnya sejak dahulu lagi.
Cuma pemimpin PAS
sahaja buat-buat tak faham. Pemimpin utama PAS sengaja menyembunyikan masalah
ini kerana mahu bersama DAP menumbangkan kerajaan BN. PAS sanggup mengubah
dasar perjuangan PAS kerana mahu bersubahat dengan DAP dan PKR menggulingkan
kerajaan pemerintahan orang Melayu.
PAS sedar bahawa PAS
bukan parti dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS sedar bahawa jika menang
sekalipun PAS tidak akan dapat menukarkan perlembagaan persekutuan. Untuk
menukarkan perlembagaan persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 2/3
dari ahli-ahli parlimen. Sedangkan jumlah calon PAS sendiri pun tidak melebihi
2/3 dari jumlah keseluruhan calon Pakatan Rakyat. Pemimpin PAS bukan tidak tahu
perhitungan itu semua.
Dasar perjuangan PAS
telah berubah kerana menjaga hati kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat. PAS semakin
bertolak ansur dalam perjuangan untuk mempertahankan kedudukan Islam yang sedia
ada. PAS pentingkan kuasa politik. PAS tetap akan meneruskan agenda menjatuhkan
kerajaan Malaysia yang diiktiraf dunia sebagai sebuah negara Islam contoh. PAS
mahu berpakat dengan DAP dan PKR kerana pemimpin PAS sayangkan kedudukan
jawatan yang mereka pegang sekarang ini. Cakap-cakap PAS memperjuangkan Islam
cuma cakap-cakap politik semata-mata seperti kata TG Nik Aziz suatu masa
dahulu.
Sebenarnya kedudukan
dalam parti dan kerajaan menjadi keutamaan mereka. Dengan sebab itulah TGNA
tidak mahu melepas jawatan dalam politik dan kerajaan PAS di Kelantan. TGNA
merupakan MB paling lama dalam dunia. TGNA pernah menyindir Dr. Mahathir yang
mahu memegang jawatan PM begitu lama. Tapi apa yang dikatakan oleh TGNA sudah
terkena kepada dirinya sendiri. Beliau hanya melepaskan jawatan MB selepas PRU 13 yang lalu.
Untuk mengekalkan
kedudukan itu, PAS sanggup menukarkan perjuangan sebuah negara Islam kepada
sebuah negara berkebajikan. PAS mementingkan persahabatan dengan golongan DAP
kafir untuk menjatuhkan negara Islam. PAS menolak persahabatan sesama bangsa
dan seagama kerana mahu menggulingkan kerajaan UMNO/BN melalui pakatan dengan
parti DAP kafir harbi.
Ustaz Kazim bercakap atas dasar perjuangan Islam berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Beliau melahirkan kebimbangan dasar perjuangan PAS yang kelihatan semakin membawa kehancuran kepada kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam yang masih dapat dipertahankan ketika ini melalui kerajaan sedia ada. Marilah kita semua orang-orang Islam terutama penyokong-penyokong PAS dan PKR agar dapat kembali kepada jalan Allah SWT. Buangkan sedikit sikap ketaksuban melampau kepada pemimpin-pemimpin. Itulah antara sebab utama pemikiran penyokong-penyokong PAS begitu tertutup untuk mencari kebenaran bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Wallahu alam
No comments :
Post a Comment