Pengurangan subsidi
gula yang diumumkan oleh PM dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini
bagi penulis bukanlah satu masalah yang besar pada rakyat. Berapa banyak sangat
lah yang rakyat beli gula dalam tempoh sebulan ? Penulis sendiri guna 1kg gula
untuk tempoh 2 bulan . Kalau melepak di kedai mamak pun minum air kosong atau
pun kopi-o kurang manis , tu pun sebab nak sedapkan hati mamak , takkan lah nak
melepak minum air kosong je .. hehe. Apa
pun bagi penulis rakyat tak perlu 'melompat' dengan pengurangan subsidi gula .
Tapi kita tahu peniaga-peniaga makanan akan ambil kesempatan untuk menaikkan
harga jualan mereka, terutama kuih muih yang manis ni, apa susah boikot je atau
memang tabiat rakyat Malaysia ni suka 'consume' bahan-bahan makan yang manis ni
? Peniaga-peniaga kueh buat kueh seolah-olah terjumpa lori gula terbalik. Malah
Persatuan
Perubatan Malaysia memuji langkah menghapuskan subsidi harga gula.Baca di SINI.
Sebenarnya penulis
pernah buat artikel pasal gula ni satu ketika dulu bagi menjawab statement
'bodoh' Mahfuz Omar yang mempersoalkan mengapa 'subsidi' gula perlu ditambah
walaupun harga pasaran dunia turun. Rasanya elok lah di 'copy-paste' artikel
lama ini untuk tujuan pemahaman rakyat Malaysia mengenai bekalan gula dalam
negara .
Di Malaysia,ada 4
kilang pengeluaran gula yang utama iaitu ;
1. Malayan Sugar
Manufacturing (MSM),Prai, Pulau Pinang
2. Central Sugar
Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor
3. Gula Padang Terap
(GPT), Padang Terap, Kedah
4. Kilang Gula Felda
Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.
Dari
rujukan ucapan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa pada Jun 2010, 99 peratus
bekalan gula diimport dari negara luar. Manakala hanya 1 peratus hasil
tempatan.
Blogger
Pro-PR WargaMarhaen meluahkan ketidakpuasan hati mereka kenapa harga gula
ditingkatkan subsidinya untuk mengekalkan harga sedangkan sejak 6 bulan
kebelakangan ni harga gula global makin menurun.Ahli ekonomi PAS , saudara
Mahfooz Omar menyokong pandangan ini di timeline twitter (rujuk sini).
(http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/harga-gula-terkini-2012-masih-kekal.html)
Aku
setuju memang harga gula global semakin menurun sejak 6 bulan kebelakangan
ni,tetapi cuba tengok graf di atas. Mungkin ramai yang dah lupa atau langsung
tak tau harga gula yang ada sekarang adalah berdasarkan kontrak jangka panjang
3 tahun antara MSM/Kerajaan Malaysia dan pengeksport antarabangsa. Tempoh
kontrak berakhir sepatutnya telah berakhir pada awal January 2012. Sumber
http://www.reuters.com/article/2012/01/26/malaysia-sugar-subsidy-idUSL4E8CQ49820120126
Pada
tahun 2009, MSM/Kerajaan Malaysia telah berunding dengan pengeksport
antarabangsa untuk menetapkaan harga gula pada paras 17.5 cents / pound .
Dengan mengambil kira kadar tukaran USD dengan Ringgit ialah 3.4 (berakhir Dec
2009). Maka kontrak 3 tahun harga gula pada ketika itu ialah lebih kurang RM
1.313 / kg . (ini harga gula mentah (rawa sugar) yang belum diproses , takkan
proses kat kilang 'free' je ? hehehe). Sekarang bila kontrak 3 tahun dah tamat,
perjanjian harga gula pada paras 17.5 cents / pound tak valid dah .
Berakhir
2011 , harga gula global ialah pada paras 23.42 cents/pound . Ertinya untuk
harga baru global ni kerajaan kena cover lagi 5.92 cents/pound untuk raw sugar
saja, belum proses lagi tu. Jadi dengan mengambil kira tukaran USD dengan
Ringgit pada ketika ini sbg 3.0 maka kerajaan dah cover lebih kurang RM 0.39/kg
utk raw sugar saja. Mujur nilai USD sekarang bukan lagi 3.4 kalau tak kerajaan
kena cover hingga RM 0.44/kg . Sehingga kini pihak MSM dan Kerajaan Malaysia
masih berunding dengan pengeksport2 antarabangsa untuk satu lagi penetapan
kontrak jangkapanjang untuk harga gula mentah.
Hmm
sekarang dah faham kenapa harga gula turun tetapi subsidi kena tambah??? Hehehe
lain kali buat analisis dari semua sudut sebelum serbu tak pakai helmet/sarban
.
Jadi
dengan penerangan dari artikel di atas , harap pembaca semua faham yang gula
yang masuk ke Malaysia adalah gula yang di IMPORT . Dan kontrak perjanjian
kerajaan Malaysia dengan pembekal gula antarabangsa dah lama tamat . Banyak
kerajaan kena 'cover' dengan 'rate' yang baru ni . Daripada membazir bagi
subsidi untuk gula lebih baik subsidi tu digunakan untuk bantu
pembangunan-pembangunan berfaedah untuk rakyat.
No comments :
Post a Comment