Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, October 25, 2013

HOT! MARUAH GADIS TERGADAI DI TAGGED


Ini nak habaq mai pasai budak-budak la ni yang senang-senang sangat percaya cakap orang lelaki. Baru kena ayat sikit, mata dah berpinar. Cepat sangat percaya tapi kenai pun tidak, sekadar berkata-kata di alam maya. Mula ayat-ayat mintak nombol tepon,lepaih tu main sma la, whatsapp la, wechat la, fb bla la, blab bla bla, cakap rindu-rindu la plak. Habaq tak puaih tengok pic kat fb ja. Dah mula lah tu mengayat! Apa lagi depa pun makan la ayat tak makan saman tu! Hah! Lepaih tu apa lagi depa pi la jumpa. Apa lagi, lauk mai depan mata, lauk masak kari kepala ikan la katakan, wajib makan woo. Huhuhu… peace…

KUALA LUMPUR: Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook (fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.

Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.

Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang.

Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.

Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.