PUTRAJAYA
10 September - Tiada agama yang boleh menggunakan nama 'Allah' untuk
merujuk kepada Tuhan selain agama Islam.
Perayu
yang juga merupakan peguam daripada Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS) Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman berkata tiada bukti sahih yang
diperolehi bagi menyatakan Allah itu sebagai Tuhan kepada penganut
agama Kristian.
"Muslim
merujuk Allah sebagai Tuhan yang merupakan Pencipta (sekalian alam)
dan kemudiannya (Allah) menurunkan Quran.
"Tiada
bukti nyata ia (Allah) sebagai sebahagian daripada agama Kristian
sedangkan di dalam Bible mengikut salinan asal dan berbahasa Inggeris
juga tiada perkataan Allah,"beliau berkata demikian ketika
berhujah dalam sesi pendengaran berkenaan isu penggunaan kalimah
Allah di Mahkamah Rayuan Putrajaya di sini.
Kes
di dengar di hadapan Hakim Datuk Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abd
Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.
(Laporan
Lanjut Menyusul)
No comments :
Post a Comment