Isu
kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada hari
Selasa ini (10 Sept).
MCA
bertegas orang Kristian berhak menggunakan kalimah Allah.
Hak orang Islam dicerobohi
Khutbah
mimbar Jakim kepada sidang Jumaat 6 Sept 2013 adalah bertajuk
‘Mempertahankan
akidah ummah‘.
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia menegaskan bahawa muzakarah jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan sudah pernah membahaskan isu tuntutan
penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bulan Mei
2008.
Mimbar
mengingatkan jemaah bahawa muzakarah telah memutuskan yang lafaz
Allah merupakan kalimah suci khusus bagi agama Islam dan oleh itu
wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik.
Muzakarah
juga berpendirian sekiranya terdapat unsur penyalahgunaan terhadap
kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan
undang-undang yang sedia ada.
Gereja
Allah Baik
Evangelis kata Muslim yang mudah konpius
Musuh-musuh
Islam melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan. Mereka
menyelewengkan resam sehingga timbul pandangan dan pentafsiran yang
salah tentang agama Islam dan Allah itu sendiri, kata Jakim.
Allah
tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan manakala orang Nasrani
pula menyembah al-Masih anak Allah. Mimbar menggesa wajib ditangkis
dakwaan yang salah tentang hakikat tuhan yang sebenarnya.
Seterusnya
kariah diingatkan bahawa penyalahgunaan kalimah Allah SWT adalah satu
ancaman kepada keagungan Islam dari segi sosial, syariah dan akidah.
Lebih malang lagi, isu ini dipertikaikannya sehingga dibawa ke
mahkamah.
Khutbah
Jumaat itu yang disediakan oleh Jakim juga menegur sikap membenarkan
sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk
menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain.
House of God, Rumah Allah
“Contohnya,
adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja,
rumah ibadat dan rumah berhala mereka sebagai rumah Allah?, memanggil
tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?”, tanya mimbar.
“Bayangkan
pula, apakah akidah generasi muda Islam jika fenomena ini berlaku di
negara kita?. Sudah pastilah ramai yang akan keliru, terpesong dan
berlakulah lautan murtad yang sedahsyat-dahsyatnya.”
Semua agama bukan sama
Mimbar
turut memberi amaran tentang bahaya sikap yang terlalu terbuka
sehingga membenarkan perkara-perkara yang melibatkan dasar akidah dan
tauhid disalahguna oleh agama Kristian.
“Matlamat
utama mereka menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat
Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama”, kata mimbar.
Dosa pempersekutukan Allah
Bagi
mimbar, puak evangelis tidak boleh menterjemahkan perkataan God dalam
bahasa Inggeris kepada kalimah Allah kerana ini membawa maksud Allah
SWT merupakan “salah satu daripada tiga tuhan”. Kesalahan ini
syirik besar.
Mimbar
menyatakan kekecewaan terhadap segelintir orang Islam yang masih
menganggap perbuatan ini “hanya isu kecil”. Bagi mimbar,
pendekatan mereka adalah mengkhianati agama Islam.
Lafaz Allah evangelista
Penggunaan
kalimah Allah di khalayak umum berleluasa di kalangan evangelista
DAP.
Di
bawah ialah sebutan kalimah Allah dalam tweet-tweet yang dikeluarkan
Ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming.
Mengikut
Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di
Kalangan Orang Islam) 1988, orang bukan Islam di Selangor dilarang
daripada menggunakan kalimah Allah.
Pesalah
boleh dikenakan denda serta hukuman penjara (tapi MAIS dan JAIS malas
pantau).
Ahli
Parlimen sesumpah DAP Serdang
No comments :
Post a Comment