Kononnya dia menguruskan laman untuk wanita mencari jodoh.
Namun ramai pelayar mengesyaki, majoriti gambar dipaparkan di laman terbabit diciluk dan diguna pakai tanpa kerelaan pemilik gambar.
Berikut
antara komen dihantar oleh pelayar alam maya kepada pengendali laman
terbabit.
Melihat
catatan status dimuatnaik, pengendali seperti mempermainkan status
dan maruah diri gadis dan wanita terbabit. Barangkali mereka tidak
mempunyai saluran untuk mengadu.
Saya
pernah menghantar mesej kepada pengendali sebelum ini dan
berikut responnya.
Lazimnya,
individu menyamar di alam maya sentiasa berasa orang lain juga
bertindak seperti dia.
Kepada
mereka yang gambar dipaparkan tanpa redha sekaligus disalahgunakan
oleh pegendali laman terbabit, sila emel saya di
mazidulakmal@yahoo.com
Kepada
pembaca blog ini, bantu saya untuk mengingatkan pengendali laman Agen
Pencari Jodoh agar
memberhentikan kegiatannya dengan kadar segera. Komen dilontarkan
seorang individu barangkali tidak didengarnya, jika ramai mendesak,
In Sha Allah dia pasti akan mengubah fikiran.
Saya
amat yakin dalam jangka waktu terdekat, identiti pengendali
akan dapat didedahkan. Laporan polis telah dibuat oleh seorang
daripada mereka menjadi mangsa di laman sama.
KEMASKINI
Bagi
pengendali laman Agen Pencari Jodoh (AAS), memuatnaik gambar ramai
gadis dan wanita tempatan, majoriti berbangsa Melayu hanya sekadar
kegiatan main-main. Itu mesej dihantar kepada saya sebelum dia
menutup laman menimbulkan kemarahan ramai.
Saya
difahamkan oleh sumber berkredibiliti, pihak berkuasa masih
meneruskan usaha mengesan pengendali itu berikutan laporan polis
dibuat oleh seorang daripada mangsa.
No comments :
Post a Comment