Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, September 1, 2013

KILANG HARAM MEMBAWA BAHANA KEPADA HAMPIR 1 JUTA RAKYAT SELANGOR? MPS LEMBAB BERTINDAK TAHAP GABAN


Kejadian tumpahan minyak diesel telah dilaporkan berlaku di Rawang berpunca dari sebuah BENGKEL yang berstatus haram dan pernah dikompaun berulangkali tetapi masih terus gah beroperasi. Akibatnya sejak semalam kira-kira 1 juta penduduk Selangor menerima bahananya, dicatu bekalan air.



Lebih menarik penduduk di kawasan sekitar dilapor telah mengemukakan komplen berhubung bau busuk datang dari kilang sama tetapi tiada tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Kilang di Jalan Batu Arang itu disahkan berstatus haram dan telah dikompaun oleh Penguatkuasa MPS, yang sabar menunggu sehingga kejadian yang membebankan jutaan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur berlaku, barulah mereka menutup kilang terbabit.

Bangang juga, kan?


Kilang itu milik individu berbangsa Melayu, India atau Cina? Tidak pula dinyatakan dalam laporan  kerana pemilik terbabit dikata menghilangkan diri. 

Hemat saya, penguatkuasa MPS tentunya boleh menghubungi pengusaha itu kerana hampir 15 kompaun  telah dikeluarkan kepadanya.

Ternyata, MPS mengambil tindakan LEMBAB TAHAP GABAN.

Baca laporan The Star, klik di sini

Juga baca seterusnya :di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.