Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 6, 2013

PEMBANGKANG JANGAN JADI BODOH! APJ 2013 BUKAN JELMAAN ISA!!!


NAMPAKNYA rakyat Malaysia suka sangat berpolitik sehingga perkara tidak penting mahu dijadikan isu besar.

Itulah yang berlaku apabila sekumpulan 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan pintu masuk Parlimen pada 30 September lalu bagi membantah pembentangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (APJ) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Selain berhimpun, NGO terbabit turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hakikatnya, pindaan APJ 1959 itu tidak merugikan mana-mana pihak kerana ia bertujuan mewujudkan suasana selamat dalam kalangan rakyat negara ini.

Dalam erti kata lain, yang sepatutnya bimbang adalah golongan penjenayah yang sebelum ini bersorak gembira setelah kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933.

Ketiadaan kedua-dua akta berkenaan telah menyebabkan polis hilang taring untuk membanteras dan mencegah jenayah terancang dengan lebih berkesan.

Pemansuhan akta terbabit menyebabkan penjenayah mula menunjukkan lagak termasuk melakukan jenayah secara terbuka sehingga menimbulkan ketakutan rakyat.

Cadangan pindaan APJ 1959 yang telah dibentangkan di Parlimen memberi kuasa kepada pihak berkuasa menahan penjenayah tegar sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

Jika pihak polis mahu membuat penahanan, mereka perlu membuat permohonan dan menyakinkan hakim bahawa penjenayah berkenaan perlu ditahan.

Cukup menggelikan hati kita apabila kumpulan yang mengadakan demonstrasi itu menuduh kononnya kerajaan mahu mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan menghalang kebebasan bersuara rakyat.

Adalah jelas langkah itu bukan bertujuan mengembalikan akta lama berkenaan kerana pindaan APJ 1959 hanya memberi kuasa yang terhad kepada pihak polis berbanding ISA yang mempunyai ruang yang begitu luas dan memberi kuasa tahanan tanpa proses mahkamah kepada polis dan Menteri Dalam Negeri.

Pindaan terbaharu itu juga bersifat lebih khusus untuk memerangi jenayah terancang dan ia tidak akan membabitkan tahanan ahli politik seperti ISA.

Dalam erti kata lain, ahli politik yang percaya kepada apa jua pendirian dan ideologi tidak sepatutnya bimbang kerana mereka bukannya penjenayah yang boleh dikenakan tindakan setelah akta terbabit dipinda.

Dalam pada itu, mengimbau kembali ISA, kerajaan bertindak bijak untuk memansuhkan undang-undang tahanan pencegahan itu bagi mengelakkan ia digunakan secara sewenang-wenangnya.

Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara.

Selepas tempoh berkenaan, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Sepanjang sejarah antara yang paling ramai ditahan di bawah ISA adalah ketika Operasi Lalang yang dibuat pada 27 Oktober 1987.

Dalam operasi bagi meredakan ketegangan antara kaum ekoran kenyataan Timbalan Presiden MCA ketika itu, Tan Sri Lee Kim Sai bahawa Melayu juga pendatang telah menyaksikan 106 orang ditahan.

Antara mereka yang pernah ditahan ketika operasi itu adalah daripada DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang; Pengerusinya, Karpal Singh; Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan bekas Setiausaha Agung, Kerk Kim Hock.

Itu adalah penahanan kali kedua Kit Siang di bawah ISA setelah ditangkap di bawah akta sama pada 1969.

Daripada kalangan Pas ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan bekas Ketua Pemuda, Halim Arshat.

Penahanan itu adalah kali kedua bagi Mohamad yang pernah ditahan selama dua tahun dari 1984 sehingga 1986.



 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.