Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 6, 2013

karpal (2)

SEAKAN dapat menghidu pemilihan kali ini pun akan dipertikaikan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), Pengerusi DAP, Karpal Singh awal-awal sudah mengugut untuk menyaman Ketua Pengarah RoS kalau masih tidak mengiktiraf pemilihan semula DAP yang dijalankan di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya, 29 September lepas.

Apa pulak ada syarat baru di negara ini kalau nak saman kena ugut dulu ke?  Nak saman, saman jelah, apa nak ugut-ugut?

Cakap pasal ugut, dah berapa kali dah si Karpal ni ugut nak saman orang, tapi sampai sudah tak saman-saman pun. Tahun 2009 ugut nak saman Sultan Perak, tahun lepas ugut nak saman Nasharudin Mat Isa, tapi sampai sudah tak saman pun.

Yang ugut nak saman Sultan Perak tu, samannya tak jalan, Karpal pulak yang dituduh dan didakwa kerana cuba menghasut.

Sementara ramai orang kata UMNO ada special case, DAP pun nampaknya ada special case juga.  Bermaharajelela betul parti ni nak buat apa yang dia suka nak buat.  Pemilihan tunggang langgang, ahli dipecat boleh jadi perwakilan dan sebagainya, tapi yang dipersalahkan ialah RoS.

Apa terer ke Karpal bila Jenice Lee yang dia sendiri dah pecat boleh jadi perwakilan?  Undang-undang dan perlembagaan parti sendiri pun tak faham, nak cakap macam bagus pulak.

Kalau betul RoS salah dari mula, kenapa adakan juga pemilihan balik, samanlah waktu arahan itu keluar, biar mahkamah decide.  Tapi sebab alasan budak sekolah MS Excel silap tu diketahui tak akan menyakinkan mana-mana hakim dalam dunia untuk menyebelahi DAP, maka akur jugalah pada arahan RoS.

Ini saja bukti memang RoS tak salah dari mula, yang salah ini DAP.

Penulis gesa supaya kerajaan gubal satu undang-undang dimana tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba halang agensi awam dari menjalankan tugas.  DAP ni kita tau memang parti samseng, tapi dia lebih terserlah samsengnya tu bila agensi kerajaan pun dia ugut juga.

Apa DAP ingat dia atas undang-undang ke, boleh buat suka hati? Setakat lawyer ramai, itu bukan jaminan DAP dah baik segala segi.  Kalau baik sangat, taklah jadi apa yang jadi sekarang.

Rakyat dibawah cukup tak senang hati dengan parti sokong komunis macam DAP ni.  

Kerajaan dia ugut, Sultan dia ugut, apa yang dia tak ugut?  Kita nak biar sampai bila, nak tunggu kalah dulu ke baru nak ketuk kepala?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.