Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 2, 2013

NEGARA SUDAH 56 TAHUN MERDEKA ADA SASTERAWAN MASIH SENGAL

Semasa puluhan ribu penduduk Kuala Lumpur dan sekitar berada di Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan  di ambang merdeka, terdapat tiga orang penghasut daripada kumpulan anti-Merdeka, Hishamudin Rais, Adam Adli dan Samad Said mengibarkan bendera Sang Celaka Komunis serta mengutuk dan menghina Jalur Gemilang. 

Saksikan video ini, 


Tiba-tiba muncul sesosok tubuh yang sasa dengan selamba dan berani mempertahankan Jalur Gemilang, dengan merampas bendera sang saka Malaya dari tangan penghasut-penghasut. Terpegun, terkaku dan terkedu seketika   puak-puak anti-Merdeka. Kejadian ini berlaku disebabkan Kerajaan sedia ada membiarkan saja penghina Jalur Gemilang melakukan sesukahati mereka sejak sambutan tahun lalu serta  membiarkan puak anti-Merdeka mengibarkan Sang Celaka Komunis. 

Ahli Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman penjara dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini perlu diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan ancaman terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme.

Cadangan : PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua individu yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa mereka di mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta berkaitan. Menteri Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang - mohon segerakan tindakan. Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan terhadap Akta ini, bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga dari aspek konteks menghina dan menggunakan lambang dan lagu kebangsaan ini secara tidak wajar.


Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
Denda RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar...

Akta Lambang Kebangsaan (kawalan Mempamer) 1949
Denda RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera kebangsaan...

National Anthem Act 1968

Tidak hormat lagu Negaraku, hanya denda RM100...patutlah Namawee berani sangat



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.