Assalamualaikum
warahmatullahi wabarokatuh.
إِنَّ
الۡحَمۡدَ لِلّٰهِ نَحۡمَدُهُ وَ
نَسۡتَعِيۡنُهُ وَ نَسۡتَغۡفِرُهُ، وَ
نَعُوۡذُ بِاللّٰهِ مِنۡ شُرُوۡرِ
أَنۡفُسِنَا وَ مِنۡ سَيِّئَاتِ
أَعۡمَالِنَا.
مَنۡ
يَهۡدِهِ اللّٰهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ،
وَ مَنۡ يُضۡلِلۡ فَلَا هَادِيَ لَهُ،
وَ
أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ
وَحۡدَهُ لَا شَرِيۡكَ لَهُ،
وَ
أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُ وَ
رَسُوۡلُهُ.
يَآ
أَيُّـهَا ٱلَّذِيۡنَ أٰمَنُوا ٱتَّقُوا
ٱللّٰهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَ لَا تَمُوۡتُنَّ
إِلَّا وَ أَنۡتُمۡ مُسۡلِمُوۡنَ.
يَآ
أَيُّـهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوۡا رَبَّكُمُ
ٱلَّذِيۡ خَلَقَكُمۡ مِنۡ نَفۡسٍ وَاحِدَةٍ
وَ خَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَ بَثَّ
مِنۡهُمَا رِجَالًا كَثِيۡرًا وَ نِسَآءً،
وَ ٱتَّقُوا ٱللّٰهَ ٱلَّذِيۡ تَسَآءَلُوۡنَ
بِهِ وَ ٱلۡأَرۡحَامَ إِنَّ ٱللّٰهَ
كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيۡبًا.
يَآ
أَيُّـهَا ٱلَّذِيۡنَ أٰمَنُوا ٱتَّقُوا
ٱللّٰهَ وَ قُوۡلُوۡا قَوۡلًا سَدِيۡدًا
يُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَالَكُمۡ وَ
يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوۡبَكُمۡ، وَ مَنۡ
يُطِعِ ٱللّٰهَ وَ رَسُوۡلَهُ فَقَدۡ
فَازَ فَوۡزًا عَظِيۡمًا.
أَمَّا
بَعۡدُ:
Sesungguhnya
segala puji itu bagi Allah. Kami memuji-Nya, memohon pertolongan
kepada-Nya dan memohon ampunan kepada-Nya. Dan Kami berlindung kepada
Allah dari kejahatan diri-diri kami dan dari keburukan
perbuatan-perbuatan kami.
Dan
barangsiapa diberi hidayah oleh Allah maka tidak ada yang dapat
menyesatkannya dan barangsiapa disesatkan oleh-Nya maka tidak ada
yang dapat memberinya hidayah.
Dan
aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang patut disembah kecuali Allah
semata tidak ada sekutu bagi-Nya.
Dan
aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba-Nya dan
utusan-Nya.
Hai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar
takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam
Keadaan beragama Islam.
Hai
sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan
kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya;
dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan
perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu.
Hai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan
katakanlah Perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu
amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa
mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya dia telah mendapat
kemenangan yang besar.
Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas
kepada seluruh pelajar yang telah mendaftar masuk ke IPTA seluruh
Malaysia.
Gunakanlah
peluang yang ada ini dengan sebaiknya untuk menimba ilmu dan
pengalaman. Dekatilah para pensyarah anda yang sudah bersedia
memberikan ilmu mereka kepada anda. Gunakanlah semaksimum mungkin
segala peralatan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan.
Manfaatkan segala masa yang ada dan terluang di perpustakaan.
Jauhi
aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan hasil kepada diri anda.
Bijaklah dalam memilih rakan-rakan anda. Jangan mudah terpengaruh
dengan dakyah Syiah, Khawarij, Muktazilah, dan lain-lain. Tumpukan
perhatian sepenuhnya di dalam dewan kuliah dan kelas. Dan yang paling
penting, jangan sesekali meninggalkan solat.
Perlu
diingatkan kepada kesemua Mahasiswa bahawasanya, Pinjaman Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN bukanlah satu pinjaman yang
wajib. Ianya adalah pilihan. Masih banyak lagi jalan-jalan lain untuk
mendapatkan biasiswa ataupun bantuan kewangan. Antara yang boleh anda
lakukan ialah memohon Biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan pusat,
negeri, agensi kerajaan, badan berkanun mahupun pihak swasta. Selain
itu terdapat juga pusat zakat, baitumal yang juga menyediakan bantuan
kewangan kepada para pelajar. Untuk maklumat lanjut sila rujuk
disini [BIASISWA
/ BANTUAN KEWANGAN]
Kepada
mahasiswa yang akan mengambil PTPTN sebagai pilihan pinjaman
kewangan. Baca terlebih dahulu isi perjanjian sebelum menandatangani
perjanjian pinjaman. Dan sekiranya anda mahu PTPTN anda ditukar
menjadi Biasiswa, pastikan anda mendapat Anugerah Dekan setiap
semester. Insyallah PTPTN anda akan ditukar menjadi biasiswa.
Kepada
pelajar lama, gunakan semester baru ini untuk memperbaiki grade anda.
Bantulah adik-adik baru anda dalam pendidikan. Jangan gunakan
kesempatan yang ada untuk me'nackle' junior-junior baru atau mengajak
mereka melakukan perbuatan yang mungkar. Sebaliknya bimbinglah mereka
dijalan yang benar. Buanglah sikap 'ragging', dan bersikap terbukalah
tatkala pelajar baru melakukan kesilapan ataupun kesalahan.
Akhir
sekali, jadikan Universiti sebagai satu zon ilmu yang aman dan
tenteram. Jadikanlah budaya membaca dan berdiskusi secara ilmiah
sebagai aktiviti harian anda. Sekali lagi Syabas dan Tahniah kepada
pelajar baru dan selamat kembali ke kampus kepada pelajar lama.
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment