Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, September 1, 2013

PONDAN SERTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 56

Secara peribadi saya terkejut membaca berita dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian Online berhubung tindakan penganjur membenarkan 12 MAK NYAH atau PONDAN menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan di Kuantan, Pahang.

Khunsa, individu dilahirkan secara semulajadi memiliki 2 alat jantina lelaki dan wanita.  Pondan pula terikut-ikut menyerupai wanita. Sebilangan daripda mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menukar jantina lelaki kepada wanita lazimnya di Thailand atau Singapura.

Pondan terbabit dilaporkan mewakili Drug Intervention Community Pahang, DIC.


"Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," ujar Timbalan Presiden DIC Pahang,  Abd. Rahim Abd. Hamid.

Tambahnya, golongan pondan seringkali dipandang hina oleh masyarakat. 

Tanggapan itu silap.

Masyarakat tidak memandang hina terhadap manusia, makhluk diciptakan oleh Allah tetapi berasa muak melihat perangai mereka. Lelaki berbuah dada kecil tetapi pondan kemudian merubah kejadian tuhan.  Mereka memakan atau menyuntik hormon ke tubuh agar buah dada berubah, bersaiz separuh buah tembikai. Pada masa sama, pondan mempunyai pilihan untuk berambut pendek kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi demi memelihara keayuan, mereka berambut panjang mayang mengurai.



Apakah sudah terjadi kali ini? Adakah pihak penganjur sekadar ingin melakarkan sejarah hitam?  Siapakah membuat keputusan mengiktiraf  pondan di Malaysia? Adakah keputusan itu diketahui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak? Sudahkah pihak penganjur merujuk pandangan alim ulama?  Jika sudah, tidak pula disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Mengapakah pihak penganjur perarakan taksub, mengundang isu dijangkakan bakal mengundang persepsi negatif?   Tambahan pula Kuantan terkenal kerana 'lorong kunyit', tempat bapok memperdagangkan tubuh jantan, klik di sini.

Kalau begitu, pihak penganjur harus menjemput sekali golongan gay dan lesbian untuk turut serta dalam perbarisan Hari Kemerdekaan ke 56 Malaysia. Mereka juga perlu dibimbing untuk bergaul dengan masyarakat sekaligus memperbaiki cara kehidupan mereka. Kelompok terbabit juga sering dipandang serong oleh masyarakat.

Mungkin tahun hadapan, ada ruang untuk mereka.

Baca tulisan sinis blogger amenoworld di sini.


Baca info seterusnya di sini



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.