Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 1, 2014

Antara TURUN dan harga NAIK: Siapa UNTUNG?

1 DIS : Akhbar Cina melaporkan 14 NGO menyokong demonstrasi ‘TURUN’ bertujuan membantah kenaikan harga barang yang diadakan pada malam Tahun Baru di Dataran Merdeka di ibu negara.

Sama ada laporan itu betul ada sebaliknya, kita tidak menjangka penglibatan NGO ini, mahupun masyarakat Cina secara langsung dalam demonstrasi tersebut.

Sebaliknya, melihat persiapan demonstrasi yang lengkap dengan ‘t-shirt’, promosi dan penerangan yang rapi, kita pasti adanya dalang yang menjadi penganjur dan menyalurkan dana untuk tujuan ini. 

Walapun, pengajur demonstrasi ‘TURUN’ berselindung atas nama kebangkitan rakyat yang menentang kenaikan harga barangan, tidak sukar menelah siapa disebalik demonstrasi yang sudah strategi utama pembangkang.

demobrgnaik
Masyarakat Cina tidak berminat berdemo isu barang naik seperti ini

Namun, mungkin kerana takut ditangkap, maka mereka memilih untuk mengambil sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ sahaja. 

 Bagaimanapun, kemunculan beberapa pemimpin pembangkang dari PKR dan PAS antaranya Rafizi Ramli dan Salahuddin Ayob, rakyat sudah nampak agenda sebenar himpunan ini.   

Lebih dari itu, tindakan mempromosi gerakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi yang sama mengakibatkan ramai penyokong pembangkang sendiri merasa takut dan mula keliru dengan niat sebenar pihak penganjur.

Dalam perancangan yang kabur tetapi dana yang jelas, sokongan 14 NGO yang disebut oleh akhbar Cina tadi membuatkan kita tertanya-tanya.

Apakah semua ini sekadar ‘gimmick’ untuk mengaburi mata majoriti rakyat terhadap agenda sebenar pihak tertentu?

Hakikatnya, kaum Cina, yang mewakili golongan peniaga utama merupakan golongan yang paling beruntung dengan kenaikan harga barang.

Justeru itu, tidak hairanlah rakyat tidak melihat gologan peniaga merungut mengenainya akhir-akhir ini, dan sokongan 14 NGO terhadap kenaikan harga barang nampak bagai lakonan yang skrip sudah diketahui umum.

demo1114d
Hanya huru hara yang tiada kesudahan akibat perhimpunan haram

Seperti diketahui, peniaga tidak perlu menanggung kos kenaikan tetapi hanya perlu memindahkan kos tersebut ke atas bahu pengguna.

Contohnya, seorang tauke kilang kain yang menanggung kos elektrik yang lebih tinggi pasti akan meningkatkan harga kain yang dihasilkannya.

Seorang tauke kedai kain yang membeli dari kilang itu dan terpaksa membayar harga yang tinggi dar sebelumnya pula pasti akan meningkatkan juga harga kain yang dijualnya.

Secara dasarnya, tauke kilang kain dan tauke kedai kain tadi tidak perlu menanggung apa-apa kenaikan tetapi peningkatan harga sebenar hanya akan ditanggung oleh pengguna.

Kitaran yang sama berulang bagi semua barangan lain.

Peningkatan kos barangan sebenarnya lebih banyak dikawal oleh peniaga berbanding kerajaan.

Amalan monopoli perniagaan oleh kaum Cina menambahkan lagi parahnya keadaan.

Akhir-akhir ini, masyarakat Melayu yang mewakili pengguna terbesar semakin matang dan bijak untuk memahami hakikat perniagaan di Malaysia.

Tindakan peniaga Cina mengawal barangan asas di musim perayaan sudah cukup membuktikan wujudnya ‘permainan’ dalam isu harga barang dalam negara ini.

Maka tidak hairanlah akhir-akhir ini orang-orang Melayu bertindak balas dengan melancarkan kempen boikot barangan Cina.

Jika selama ini orang Melayu cukup terbuka dan tidak rasis dalam memilih barangan tetapi kini semakin ramai yang peka dan hanya memilih barangan bumiputera atau bukan Cina sahaja.

Kaum Cina tidak dapat memperbodohkan pengguna dengan ‘gimmick’ marahkan kerajaan kerana harga barang naik.

Untuk makluman mereka, pemikiran rakyat telah berubah seiring dengan kemajuan negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Orang Melayu sudah semakin sedar di mana sebarang usaha untuk memperbodohkan mereka tidak lagi membawa kesan yang sama seperti dahulu.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina itu hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kepada negara dan golongan yang kurang berkemampuan.

Kononnya mereka inginkan keadilan.  Tetapi keadilan dalam kamus kaum Cina ialah apabila mereka mendapat segala-galanya

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.