Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 6, 2014

Guan Eng cuba laga-lagakan komponen BN menentang UMNO

bnbbc.my ~ Setiausaha Agung DAP, yang diikhtiraf Lim Guan Eng Ahad membuat provokasi dalam cubaan melaga-lagakan parti komponen Barisan Nasional (BN) bukan Melayu dengan UMNO melalui satu kenyataan media berhubung isu kalimah Allah dan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) baru-baru ini.

Guan Eng dalam kenyataan itu menyelar parti komponen bukan Melayu utama BN yang disifatkan beliau “membuta tuli menyokong” UMNO menanam perasaan benci antara kaum.

DAP mengutuk UMNO kerana memainkan isu perkauman itu serta parti-parti komponen MCA, MIC dan Gerakan kerana mengizinkan perbuatan itu dengan terus menyokong UMNO,” katanya Guan Eng yang tetap belum menjawap isu pembaziran kerajaan negeri Pulau Pinang yang membeli kereta mewah Mercedes-Benz S300L untuknya walaupun baru dua bulan menggunakan  Toyota Camry 2.5.

bm_bn-stadium130407Guan Eng menuduh UMNO Selangor adalah dalang kepada serbuan JAIS terhadap pejabat PBM dan rampasan lebih 300 Bible dalam bahasa Melayu dan Iban Khamis lalu.
MCA, MIC dan Gerakan telah mengabaikan komuniti mereka sendiri dengan menyokong serta bekerjasama dengan UMNO Selangor sehingga menimbulkan kebencian kepada orang bukan Melayu dan menidakkan hak beragama bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Walaupun UMNO Selangor tidak akan melakukan protes di luar gereja Katolik ketika upacara ibadat pada hari Ahad, UMNO Selangor telah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan akan adanya demonstrasi melibatkan orang Melayu-UMNO,” katanya dalam kenyataan itu.

Malah, Guan Eng turut menuduh Timbalan Perdana Menteri menjadi batu api dalam memarakkan lagi api isu perkauman.
Lebih buruk, rakyat Malaysia rasa dikhianati apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin daripada memainkan peranan sebagai ‘peacemaker’ lebih memilih untuk mencurah air ke dalam api apabila menyatakan kebenaran untuk Muslim berdemonstrasi di depan gereja pada hari Ahad,” tuduh beliau di dalam kenyataan itu.

Guan Eng juga menyimpulkan isu ini adalah cara untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kenaikan kos sara hidup, ketika beliau sendiri sedang menikmati keselesaan Mercedes-Bens S300L ’hadiah tahun baru’ yang diterima sejak 31 Disember lalu.

Tuduhan ini nyata tidak berasas kerana beliau gagal melihat bahawa UMNO Selangor melarang diadakan perhimpunan di hadapan gereja di atas semangat perpaduan kaum dan agama memandangkan punca timbul isu Kalimah Allah hanyalah seorang individu bernama paderi Andrew Lawrence bukan seluruh penganut Kristian.

Guan Eng juga ternyata dungu kerana tidak memahami JAIS bertindak mengikut undang-undang iaitu berdasarkan  Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, titah perintah Sultan Selangor pada 14 Disember 2013, serta keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sudah jelas serbuan JAIS tidak didalangi mana-mana kuasa politik.

Seharusnya beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan lebih bijak berbanding cuba bermain api membuat provokasi mencabar MCA, MIC dan Gerakan menentang UMNO bagi memburukkan lagi situasi. Malah beliau sendiri yang memulakan isu ini pada sambutan krismas pada 2012 dulu.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.