Sidang
akhbar Lim Guan Eng mengenai tunjuk perasaan Umno di Machang Bubuk —
rakaman media Utara News.
DAP is
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Let us build bridges
Minit 2:04 — Guan Eng berkata:
“Saya rasa itu [memainkan isu perkauman] menunjukkan betapa jahat pemimpin Umno ini.”
DAP is
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Let us build bridges
Minit 3:30-3:48 — Guan Eng berkata:
“Saya rasa ini sekali lagi menunjukkan Umno memang jahat. Umno memang parti perkauman dan bagi penduduk orang bukan-Melayu, saya rasa itulah muka sebenar Umno .”
DAP is
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Let us build bridges
Minit 4:02 — Guan Eng berkata:
“[Umno] sebuah parti perkauman yang begitu benci sama rakyat Malaysia hanya kerana mereka bukan Melayu sampai berlaku keganasan dan ini adalah satu perkembangan yang sungguh merbahaya.”
DAP is
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Let us build bridges
Minit 7:24 — Guan Eng berkata:
“Kita tidak akan tunduk sama sekali kepada ancaman [13 Mei] Umno.”
Setiausaha-agung DAP itu juga menyifatkan Umno sebagai parti “pukul orang” yang menggunakan “taktik-taktik keras dan ganas”.
Tambah Guan Eng lagi, Umno adalah berupa parti dwi-standard kerana tidak berani menyerang PKR dan ketua umumnya Anwar Ibrahim yang Melayu tetapi sebaliknya memilih untuk menyasarkan DAP dan anak-beranak Lim yang Cina.
DAP is
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Menyingkap petikan-petikan di atas, Guan Eng telah berkata Umno jahat, Umno ganas dan pukul orang beserta Umno benci orang bukan-Melayu.
Pastilah DAP dan para penyokong parti itu semua baik-baik belaka, cukup berhemah, tidak pernah membuli serta sayangkan orang Melayu.
DAP sebagai “pembina jambatan”
Baru-baru ini timbul kontroversi seorang penyanyi yang khabarnya ditolak kerana bertudung. Baca juga reaksi orang Cina kepada cikgu mualaf yang bertudung.
Malaysiakini telah melaporkan berita tersebut kelmarin di bawah tajuk ’Firm: Tudung’ singer was unsuitable replacement’.
Cemuhan-cemuhan yang dilontarkan pelanggan pembaca Malaysiakini terhadap penyanyi bertudung itu adalah terlalu menghina sehinggakan moderator portal tersebut terpaksa menapis komen-komen mereka.
Screenshot (bawah) yang dirakam di muka depan Malaysiakini menunjukkan ada 86 komen pembaca yang telah dibuat pada rencana itu.
Namun screenshot yang dirakam serentak di halaman dalam menunjukkan hanya tinggal (kelihatan) 73 komen, bermakna 13 komen sudah ditapis kerana menggunakan bahasa yang amat kesat dan lucah.
(Demi untuk tidak mengaibkan wanita tersebut, saya tidak akan mengulangsiar apa yang telah diperkatakan oleh si Dapster kurang ajar tentangnya).
Dapster benci wanita bertudung
Apa jenis manusia si Dapster ini yang jiwa mereka boleh diselubungi rasa benci yang begitu mendalam terhadap wanita bertudung?
Apabila Guan Eng menuding jari mangatakan Umno bencikan orang bukan-Melayu, sebenarnya tiga jari menuding balik kepada diri penyokong partinya sendiri.
Guan Eng turut mendakwa bahawa Umno mengamalkan dwi-standard tetapi dalam isu pemakaian tudung ini, nyata sikap si Dapster hipokrit bukan kepalang.
Mereka beriya-iya menegakkan “hak” politikus evangelista DAP untuk mengenakan tudung – tidak lebih daripada gimik memancing undi Melayu – dan pada masa yang sama menidakkan hak muslimah untuk menutup aurat.
No comments :
Post a Comment