Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 19, 2014

Kaitan Anwar Ibrahim & Missionari Jesuit

AIDCNews – The Unspinners.blogspot.com membongkar semula perkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penaja Adenauer Foundation (KAF) atau Stiftung (KAS), membuka satu lagi ruang baru mengenali sisi hitam Ketua Umum PKR.

KAF/KAS adalah badan pemikir kepada sebuah parti politik aliran Jesuit di Jerman yang dikenali sebagai Christian Democratic Union.

Yayasan Kristian Jesuit Jerman ini kemudiannya menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) sekitar tahun 1987, iaitu dua tahun selepas badan pemikir itu ditubuhkan.

Maka tidak hairan pada tahun 1996, Anwar Ibrahim satu-satunya Muslim yang menerima anugerah ‘honoris causa‘ (anugerah ijazah untuk menghormati penerima) dari Universiti Jesuit Filipina, Ateneo de Manila University.

Pada tahun yang sama, Anwar juga dianugerahi ‘Presidential Medal’ oleh universiti Jesuit terbesar di Amerika Syarikat (AS), Universiti Georgetown, Washington DC kerana sumbangannya menggalakkan persefahaman antara agama.

Kemudian, pada tahun 2005/2006, Anwar kembali bertugas di Universiti Jesuit Georgetown di CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) yang kemudiannya ditukar nama kepada The Prince Alwaleed Center for Muslim–Christian Understanding (ACMCU).

CMCU diasaskan oleh pengikut Jesuit bernama John Esposito.

Universiti Jesuit – Pasukan Tentera Jesus Arahan Vatican

Menurut wikipedia, Jesuit bermaksud Persatuan atau Pasukan Jesus yang ditubuhkan oleh Ignatius Loyola (seorang Kesatria Sepanyol/Spanish knight) sebagai satu ‘pasukan utama tentera-tentera Jesus’.

Permohonan menubuhkan Jesuit diluluskan Pope Paul III pada tahun 1540.

Menurut laman biblebelievers.org.au, Jesuit adalah ‘Kumpulan Tentera Agama Gereja Roman Katolik’ yang setiap ahlinya diajar bertugas sebagai “mata-mata” (spy), untuk mengumpulkan semua statistik, fakta dan maklumat dalam kekuasaan anda dari setiap sumber, untuk mengambil hati kepercayaan di dalam lingkaran keluarga Protestan dan bidaah dari setiap kelas dan watak, peniaga, banker, peguam, antara sekolah dan universiti, di parlimen dan perundangan, dan dewan negara, dan untuk menjadi segalanya kepada semua orang, supaya tunduk kepada Pope, dan mereka menjadi hamba kita sampai mati”.

Logo Jesuit berbentuk salib dan tertulis perkataan IHS

Perhatikan logo Jesuit (bertanda bulat), dalam Program Common World, di Universiti Jesuit Georgetown. Dari kiri Tony Blair (bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim


CMCU – Hasib Sabbagh & John Esposito

John Esposito adalah salah seorang Ahli Jesuit yang ketika itu mengajar subjek perbandingan agama di School of Foreign Service (Sekolah Perkhidmatan Luar Negara), di Universiti Georgetown.
Ketika menceritakan saat permulaan penubuhan Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) John Esposito menjelaskan idea itu hasil perbincangannya dengan Father J Bryan Hehin, Naib Presiden Universiti Georgetown.


         John Esposito

Menurutnya, pada tahun 1993, Father J Bryan Hehin menjemputnya untuk makan tengahari berhampiran dengan rumahnya di Wayland, Massachusetts.

Semasa makan, Naib Presiden Universiti Georgetown menyatakan pihak universiti berminat untuk menubuhkan satu pusat yang dikenali sebagai Persefahaman Antara Muslim dan Kristian (Muslim-Christian Understanding). Mereka turut membincangkan kesan baik dan buruk dengan penubuhan pusat itu khususnya kepada agama Kristian.

Idea ini benar-benar menjadi kenyataan pada Oktober 1993, apabila John Esposito menghadiri Persidangan Nasional Konsultasi Bishop Katolik tentang Hubungan Katolik-Muslim (National Conference of Catholic Bishops Consultation on Catholic-Muslim Relation) di Washington dan dalam masa sama Naib Presiden Eksekutif Universiti Georgetown, Father Patrick Heelan memintanya datang berjumpa dengannya bersama Peter F Krogh, Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar Negara.

John Esposito dan Peter F Krogh mengakui pemain di sebalik tabir sebenarnya yang menjayakan penubuhan pusat ini adalah Hasib Sabbagh, seorang tokoh korporat Kristian yang berasal dari Palestin.

Hasib Sabbagh mendapat mandat daripada Pope John Paul II, ketika melawat Vatican pada tahun 1981. Pihak Vatican mahukan semua maklumat mengenai Islam, kerana selepas kejatuhan komunis, Islam berpotensi menjadi musuh utama.

Hasib Sabbagh (bertanda bulat) menemui Pope John Paul II di Vatican pada tahun 1981. Turut kelihatan Michael Sabbah (tengah), Latin Patriarch, Jerusalem dan Patriarch Maximos Hakim

Pada tahun 1992, Hasib Sabbagh kemudiannya menghantar pembantunya, Basel Aql menemui Peter F Krogh, Dekan untuk Sekolah Perkhidmatan Luar Negara, Universiti Georgetown untuk membincangkan idea penubuhan pusat Muslim dan Kristian.

Secara kebetulan, Basel Aql sudah lama berkawan dengan Peter F Krogh, jadi dalam pertemuan pertama, pembantu Hasib Sabbagh itu mengatur pertemuan selanjutnya dengan majikannya.

Krogh kemudiannya berjumpa dan berbincang sendiri dengan Hasib Sabbagh di Washington. Mereka membincangkan proses-proses penubuhan pusat itu dan masalah-masalah yang bakal dihadapi.

Menurut Hasib, beliau bersedia menyumbang sumber kewangan untuk membiayai pusat itu melalui syarikatnya, the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans, yang berpangkalan di Geneva.

Nama John Esposito dicalonkan sebagai Pengarah Pusat itu, kerana pengalaman dan pemahamannya tentang Islam melalui penerbitan 4 buah buku ‘The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World’.


Turut didedahkan bahawa satu kerusi untuk Islam di Asia Tenggara akan disumbangkan oleh penyokong dari Malaysia. Tetapi pendedahan itu tidak menyebut siapakah tokoh penyumbang dari Malaysia itu.

Pada tahun 1993, The Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) telah ditubuhkan secara rasmi di Universiti Georgetown apabila majlis tandatangan dilakukan di antara kedua pihak iaitu Hasib Sabbagh mewakili the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans dan President Leo O’Donovan, mewakili Universiti Georgetown.

John Esposito (bertanda bulat menyaksikan majlis tandatangan penubuhan CMCU antara Hasib Sabbagh (Foundation pour L'Entente entre Chretiens et Musulmans) dan Leo O'Donovan (Presiden Universiti Georgetown)


Misi Pusat adalah untuk meningkatkan hubungan antara dunia Muslim dan Barat. Meningkatkan pemahaman umat Islam di Barat. Ruang lingkup pusat meliputi hampir keseluruh dunia Muslim, dari Afrika Utara ke Asia Tenggara, serta Eropah dan Amerika Syarikat.

Tujuh topik utama yang bakal difokus oleh pusat itu iaitu, ‘Keserasian Islam & Kehidupan Moden’, ‘Dialog Peradaban’, ‘Status Wanita dalam Islam’, ‘Islam & Pemodenan’, ‘Tradisi Yahudi-Kristian-Islam’, ‘Islam & Pluralisme’ dan ‘Islam, kekerasan & keganasan’. Klik di sini

Selepas penubuhan pusat itu, Hasib Sabbagh sekali lagi menemui Pope John Paul II di Vatican mengesahkan pusat yang diimpikan oleh pihak Vatican telah berjaya ditubuhkan di Universiti Georgetown. Sebagai membuktikan kebenarannya, Hasib turut membawa Leo O’Donovan, Presiden Georgetown Universiti untuk memberitahu perkembangannya kepada Pope.

Pertemuan Hasib Sabbagh kali kedia dengan Vatican pada tahun 1993. Dari kiri, Basel Aql, Hasib Sabbagh (bertanda bulat), Pope John Paul II, Leo J.O

Siapa Penyumbang Dari Malaysia ?

Walaupun Peter F Krogh tidak menyebut penama dari Malaysia yang menyumbang kepada penubuhan Kerusi Islam Untuk Asia Tenggara, namun John Esposito dalam tulisannya memberi bayangan siapakah tokoh yang dimaksudkan
itu.


Menurut John Esposito, seperti yang dijanjikan sebelum ini, pada tahun tahun 1995, satu kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia telah datang menyumbang sebanyak 2 million untuk membentuk Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara.
Perjanjian itu sebenarnya telah dibuat terlebih awal iaitu pada Oktober 1994.



Untuk lebih jelas lagi John Esposito turut mendedahkan pada 7 Oktober 1994, Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah hadir ke Universiti Georgetown untuk diraikan dalam majlis penganugerahan President’s Medal.

Dalam majlis itu, Hasib Sabbagh turut hadir sama meraikan pemberian anugerah ‘President’s Medal’ oleh Leo J. O’Donovan, Presiden Universiti Georgetown kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu. Klik di sini

Menurut maklumat dalaman, ‘sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia’ yang menyumbang dana kepada Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara itu adalah sekumpulan pihak IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ketika itu bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sejak dari Anwar menjadi Menteri Pendidikan lagi beliau telah melantik rakan baiknya yang terlibat dalam penubuhan IIIT, di Herdon Virginia, Amerika Syarikat, bekerja di UIA, Malayasia. Mereka yang dilantik Anwar adalah Hamid Abu Suleyman (warganegara Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat) dan Dr Jamal Barzinji, (warganegara Iraq yang juga menetap di Amerika Syarikat). 

Hamid dilantik sebagai Rektor UIA manakala Jamal Barzinji pula dilantik Dekan, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.Klik di sini

Blog The Terror Finance mendedahkan Dr Jamal Barzinji dilantik Ketua Ahli Lembaga Pengarah BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) pada tahun 1997 yang memiliki saham terbesar dari JAMI Company Sdn Bhd. JAMI memilki saham sebanyak 3.82% di BIMB yang melayakkannya menjadi Pengarah Bank Islam.Klik di sini

JAMI Company Sdn Bhd yang berproksikan Dr Jamal Barzinji merupakan syarikat yang berpangkalan di New York yang sahamnya dimiliki oleh SAAR Corporation, Al Rajhi Banking and Investment Corporation (ARABIC) dan Sheikh Salah Kamel’s Al Baraka Group.

Glen Simpson dari the Wall Street Journal melaporkan, Jamal Barzinji, Ahmed Totonji dan Hisham Al Talib adalah trio dari pendatang-pendatang Iraq yang mengasaskan IIIT, di Amerika Syarikat (bersama dengan Anwar Ibrahim). Mereka telah berhubungan rapat dalam jangka lama dengan Youssef Nada ahli perniagaan Arab Saudi… Bermula pada tahun 1960-an dan ’70-an, mereka membantu mengasaskan rangkaian Islam (IIIT & WAMY) yang dibantu oleh Arab Saudi dan kumpulan Islam di Amerika Syarikat. Klik di sini

Apologetik Jesuit, Putera Alwaleed

Menurut campus-watch.org pada tahun 2005, Putera Alwaleed Bin Talal telah menderma sebanyak $20 million kepada CMCU yang kemudiannya ditukar nama kepada ACMCU.

Putera Alwaleed bin Talal, anggota kerabat diraja Arab Saudi, menimbulkan kontroversi kepada dunia Islam apabila individu ke-26 terkaya di dunia itu didakwa merogol seorang gadis Sepanyol, 23 tahun di atas kapal persiaran yang berlabuh di Kepulauan Ibiza pada 2008.

Satu lagi kontroversi tentang dirinya terdedah apabila beliau menjalankan usahasama perniagaan dengan seorang korporat Yahudi ternama bernama Rupert Murdoch dalam News Corporation.

Derma Putera Alwaleed kepada CMCU disalurkan melalui Prince Alwaleed Bin Talal Foundation, salah satu syarikat Kingdom Holding Company yang berpangkalan di United Kingdom.

Penggerak utama Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah aktivis IIIT (The International Institute of Islamic Thought), sebuah badan pemikir yang berpangkalan di AS.

Barisan hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J. DeGioia (Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna Abu Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown)

Prince Alwaleed bin Talal Foundation : Pemain dibelakang tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr.Anas al-Shaik-Ali(IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di Universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Faoundation menubuhkan CMCU (Centre for Christian and Muslim Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poleto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat

Penggerak Prince Alwaleed Bin Talal Foundation adalah Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT, United Kingdom), Muna Abu Sulaiman (anak Abu Hamid Sulaiman pengasas IIIT) dan Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji, pengasas IIIT).

IIIT ditubuhkan di AS pada 1981 diasaskan oleh Dr Ismail Faruqi, Dr Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.

Bacaan lanjut, klik di sini

Kalimah Allah

Pada 10 Januari 2010, semasa Anwar melawat Gereja Luther, Petaling Jaya, Bishop Jesuit Philip Lok dalam ucapan alu-aluannya menegaskan kepada Anwar supaya memperteguhkan janjinya untuk mempertahankan kalimah Allah kepada penganut Kristian.

Anwar melawat gereja Petaling Jaya : Kiri; Bishop Philip Lok dari Luthern Church di Malaysia & Singapore;Bishop Ng Moon Hing dari Anglician (no 3 dari kiri), Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the Chiristian Federation of Malaysia (CMF); Dr Jefrey Kitingan (aktivis Kristian Sabah), Anwar Ibrahim dan Father Thomas Philips dari gereja Roman Khatolik, Petaling Jaya (paling kanan)

Katanya, perkara itu amat penting kerana Anwar sebelum ini telah berjanji dengan Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel bernama Biskop Munib Younan semasa dialog Kristian-Muslim di University Georgetown di AS pada tahun 2009.
Di dalam suratnya, Bishop Younan berhujah bahawa ‘Allah’ perkataan telah bebas untuk digunakan oleh orang Kristian Arab selama hampir 2000 tahun!
Beliau terus menggesa penggubal undang-undang, Datuk Seri dan rakan-rakan untuk melindungi kebebasan beragama bagi masyarakat Kristian di Malaysia.”, kata Bishop Philip Lok seperti yang dilaporkan oleh laman Asia Lutheran , asia-lutheran.org.

Berasaskan latar belakang di atas, maka tidak hairan, Jesuit terlatih di Malaysia, Biskop Katolik, Dr Paul Tan Chee Ing memuji Anwar Ibrahim kerana keberaniannya mempertahankan hak-hak Kristian di negara ini.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.