Kenyataan
yang dikeluarkan oleh Mujahid Yusof yang menentang rampasan Bible di
premis The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya,
memperlihatkan secara jelas kepada kita tentang kerosakan akidah yang
dijelmakan menerusi kopiah, janggut, topeng Islam, serta raut wajah
dan batang tubuh orang yang mengaku beragama Islam.
Ini
sekaligus membenarkan kenyataan Rasulullah s.a.w lebih seribu tahun
lampau.
(Maksud
hadis)
“Telah
diceritakan kepada kami oleh Ismail bin Abu Uwais berkata, telah
menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya,
dari Abdullah bin Amru bin Al-Asy meriwayatkan, “Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu
sekaligus mencabutnya daripada hamba-Nya tetapi Allah mencabut ilmu
dengan cara mematikan para ulama sehingga bila sudah tidak bersisa
ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan
orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu,
mereka sesat dan menyesatkan.” Berkata Al-Firabri, telah
menceritakan kepada kami Abbas berkata, telah menceritakan kepada
kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam
seperti ini juga. “ (Sahih
Bukhari)
Antara
lima Rukun Iman ialah mempercayai kitab-kitab Allah. Kitab-kitab
Allah Taala itu yang diutuskan kepada para Rasul itu terdiri daripada
Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Bagaimanapun,
sejarah telah membuktikan Zabur, Taurat dan Injil telah ‘diangkat’
oleh Allah Taala untuk digantikan dengan al Quran menerusi pelbagai
peristiwa termasuklah serangan oleh tentera-tentera Babylon ke atas
Baitul Muqaddis pada tahun 568 Masehi di bawah kepimpinan
Nebukhadniza.
Injil
sebenarnya tidak pernah ditulis. Ramai terutama sekali kaum pendakyah
cuba menjadikan kitab Gospel sebagai Injil bagi tujuan pengeliruan.
Walaupun Gospel dan Injil berkongsi maksud iaitu ‘Berita Baik’,
tetapi konsep Gospel dan Injil sama sekali berbeza. Gospel atau
sekarang ini lebih dikenali sebagai Bible, menekakan tentang konsep
penyelamatan (salvation), aitu kepercayaan bahawa Jesus Christ,
selepas disalib menjadi pengampun kepada dosa warisan dan penyelamat
bagi mereka yang mempercayainya.
Sedangkan
Injil pula tidak mengandungi semua perkara tersebut, sebaliknya
membawa ajaran tauhid.
Boleh
jadi, pemimpin PAS seperti Muhajid Yusof tidak tahu bahawa Injil
tidak pernah dicatatkan dalam bentuk tulisan sebaliknya hanya dalam
bentuk SAYING GOSPEL. Saying Gospel pula telah hilang dari pegangan
umat Nasrani menjelang akhir kurun pertama selepas peninggalan Nabi
Isa a.s dan digantikan pula oleh Narrative Gospel iaitu Gospel yang
ditulis oleh pihak-pihak tertentu yang membawa ajaran akidah triniti
dengan menyandarkan kepada riwayat hidup Nabi Isa a.s sedangkan
ajaran dari Narrative Gospel ini tidak langsung berkaitan dengan Nabi
Isa a.s.
Semua
Gospel yang terdapat dalam Perjanjian Baru seperti yang ditulis atas
nama Matthew, Lucas, Mark dan John adalah dikategorikan sebagai
Narrative Gospel dan ia berbeza daripada Sayings Gospel yang ditulis
oleh pengikut-pengikut Nabi Isa a.s sepeninggalannya pada awal kurun
pertama selepas Masihi. Sayings Gospel hanya mengandungi kata-kata
hikmah daripada ajaran Nabi Isa a.s , manakala Narrative Gospel pula
tertmpu kepada riwayat hidup dan pendewaan peribadi Nabi Isa a.s
sebagai Christ.
Kenyataan
Burton L.Mack (1993) menerusi bukunya The
Lost Gospel (The Book of Q and Christian Origin) yang
diterbitkan oleh Queensland: Element Shaftersburg, Dorset Rockport,
Massachsetts, Brisbane, menjelaskan perkara berkenaan.
Cubaan
menyamakan Bible atau Gospel dengan Injil secara jelas merupakan
cubaan untuk mengiktiraf Konsep Triniti yang menyengutukan Allah
Taala dengan sebarang cara. Barangkali Mujahid Yusof amat sedar
dengan perkara ini dan perbuatannya dilakukan dalam usaha untuk
membolehkan pemurtadan dilakukan secara lebih halus dan ‘sopan’.
No comments :
Post a Comment