Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 3, 2014

Putar Belit Nik Aziz Pecah Belah Umat Islam – Mudir Pondok Sa’adah


Mudir Pondok Saa’adah Ad-Dhaghari, Geting, Ustaz Zainal Abidin Awang menyeru semua pihak menyokong sepenuhnya usah-usaha ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, beliau kesal seruan perpaduan umat Islam selaras perintah Allah S.W.T. tidak diendahkan, malah ditolak sesetengah yang melaungkan slogan Islam.

Beliau berkata, memandangkan kedudukan Melayu dan umat Islam hari ini, langkah ke arah berkenaan amat perlu untuk meninggikan syiar dan mempertahankan kedaulatan Islam.

Hari ini kita tengok bagaimana bangsa-bangsa lain telah menjadi kuat akibat perpecahan yang berlaku sesama kita. Jadi perpecahan yang berlaku disebabkan oleh parti-parti yang gilakan kuasa dan dunia tidak memperdulikan persaudaraan sesama Islam.

Perpecahan ini kita boleh katakan bermula pada tahun 1963, apabila berlaku bibit perpecahan antara UMNO dan Pas yang mana Pas telah mengkafirkan orang UMNO apabila parti itu bekerjasama dengan MCA yang dianggap kafir.
Namun hari ini, Pas telah menjadi sebaliknya dengan bekerjasama pula dengan orang kafir. Apakah gelaran yang patut kita berikan. Apakah enam kali kafir?” soalnya.

Ustaz Zainal seterusnya menempelak Nik Aziz yang sanggup memecahbelahkan umat Islam dengan memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran.

Jadi kerana Nik Aziz mahukan mengikut iktiqad beliau, dan supaya mendapat kekayaan dunia, akhirnya beliau sanggup memecahbelahkan umat Islam. Maka ketika itu, pada tahun 1963 bermulalah detik perpecahan yang amat kuat sehingga tidak makan penyembelihan orang UMNO dan sebagainya.

Pada 12 Mei 1999, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pendirian Dap sekarang kerana mereka berubah sikap dan sanggup bekerjasama Pas asalkan Pas tidak mendirikan negara Islam.

Nik Aziz juga berkata kepada Dap pada ketika itu bukan sahaja dalam manifesto, malah dalam perlembagaan Pas sendiri pun memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam. Nilailah siapa sebenarnya Nik Aziz,” katanya.

Ustaz Zainal seterusnya berkata, Pas terlalu banyak memutarbelit ayat-ayat Allah S.W.T sepertimana mereka menyamakan kerjasama antara Pas dengan Dap seumpama Perjanjian Hudaibiyyah.

Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap pada 1999 kononnya dengan berlandaskan Perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi dengan penduduk kafir. Pada waktu itu, Nabi bersefahaman dengan kafir supaya negara tidak menjadi kacau bilau dan bukannya Nabi bersama dengan orang kafir untuk menyerang kaum Ansar dan Muhajirin.

Tetapi Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap untuk menyerang orang Islam. Ini terang-terangan tidak ada di dalam nas. Terang-terangan tidak boleh menggunakan orang kafir untuk menyerang orang Islam,” katanya. -MediaUMNO

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.