Sebelum
kita berbicara lebih jauh lagi tentang syarikat swasta dan orang
Melayu, penulis ingin mengingatkan bahawa apa yang dicanangkan oleh
pihak pembangkang tentang kononya syarikat swasta yang dimiliki oleh
kaum Cina adalah lebih adil kerana mengamalkan meritrokasi, merupakan
pembohongan terbesar yang dilakukan oleh pihak pembangkang Malaysia.
Ini
kerana mengikut pengalaman penulis sendiri, tidak ada satu pun
syarikat swasta Cina yang benar-benar adil dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka terhadap pekerja bukan Cina.
Penulis
juga pernah berhadapan dengan diskriminasi kaum Cina terhadap bangsa
bukan Cina. Bayangkan, sekiranya seorang pekerja bukan Cina memohon
jawatan dan mempunyai ijazah dari universiti tempatan atau
antarabangsa, mereka tetap akan dibayar kurang daripada apa yang
dibayar kepada seorang pekerja berbangsa Cina yang mempunyai diploma
atau hanya SPM sahaja. Walhal kedua-dua pekerja ini setaraf dan tidak
mempunyai apa-apa pengalaman langsung. Perkara ini terjadi di seluruh
Malaysia, dan mereka yang bekerja di dalam syarikat Cina tahu akan
perkara ini.
Natijahnya,
apa yang dilolongkan oleh pihak pembangkang tentang kehebatan orang
Cina dalam berlaku adil terhadap bangsa lain adalah satu omongan
kosong sahaja. Apakah golongan Melayu yang berada di dalam Pakatan
Rakyat, tidak sedar akan keadaan ini? Apakah mereka fikir bahawa
bangsa mereka terlalu lemah sehingga dikutuk begini pun mereka masih
lagi mahu membela rakan-rakan chauvinist Cina mereka atas dasar
politik kepartian?
Baru-baru
ini seorang ahli akademik yang berbangsa Cina Malaysia bernama Dr
Michael Lim Mah Hui telah mengeluarkan kenyataan yang teramat rasis
kononya orang Melayu tiada kualiti. Dr Michael Lim juga telah
membandingkan pekerja swasta dan pekerja kerajaan dimana katanya
pekerja swasta (katanya kebanyakkan orang Cina) lebih cekap dan
produktif berbanding orang Melayu.
Kata-kata
seperti ini disambut baik oleh pelbagai pihak dari Pakatan Rakyat
terutamanya DAP kerana ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk
berkempen agar orang Cina pula dapat memegang tampuk pemerintahan di
Malaysia kerana mengikut pendapat rasis mereka orang Melayu langsung
tidak tahu buat kerja. Sedangkan mereka lupa, para pegawai kerajaan
Malaysia berbangsa Melayu yang beliau hinakan itulah yang menjadi
tulang belakang pentadbiran negara.
Orang
Cina patut bersyukur kerana orang Melayu Malaysia tidak pernah
menghalang mereka dari mengumpul kekayaan dan hidup mewah di bumi
bertuah ini. Malah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh para pemimpin
UMNO yang berbangsa Melayu merupakan para pemimpin yang beri peluang
kepada orang Cina untuk bekerja dan berniaga di negara ini.
Kerajaan
dan syarikat-syarikat GLC tidak pernah meminggirkan orang Cina, dan
ini dapat dilihat dari komposisi kaum dan pekerjaan. Namun begitu
orang Cina pula tidak mahu bekerja dibawah kerajaan dan sibuk mencari
duit dalam sektor swasta. Apabila mereka telah senang lenang mereka
lupa akan orang Melayu yang selama ini membantu mereka unuk menempa
kekayaan di Malaysia.
Setelah
lebih 400 tahun dijajah, orang Melayu perlukan masa untuk Merdeka.
Kemerdekaan ini bukan sahaja dari sudut fizikal dan politik, tetapi
ianya juga harus berlaku dari sudut pemikiran. Sebagai sebuah negara
majmuk yang mementingkan harmoni semua kaum, orang Cina harus
menghormati orang Melayu dan mengiktiraf hak istimewa orang Melayu.
Bukannya mereka menyerang orang Melayu dengan kritikan negatif dan
tuduhan liar seperti sekarang.
Buat
orang-orang Cina yang berfikiran seperti Dr Micheal Lim, sedarlah
segera, sekiranya Melayu itu tiada kualiti, bodoh dan tidak
bertimbang rasa, sudah lama orang-orang Cina seperti beliau diperangi
dan tidak boleh mengangkat muka langsung.
Sehingga
kini, terlalu banyak kutukan dan cercaan yang dilemparkan kepada
orang Melayu. Bak kata Datuk J.J. Raj (Bekas OCPD Pagoh semasa
serangan komunis di Bukit Kepong) “Orang Melayu ini lain kalau
semangat sudah naik, tiada siapa yang boleh halang.”
No comments :
Post a Comment