Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 6, 2014

Kenapa Sallehin tidak pertikai pihak hina mahkamah, derhaka titah Sultan?

bnbbc.my~ Sebagai seorang ‘khalifah’ atau pemimpin Sallehin Mukhyi,  Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian Dan Pembangunan Desa Selangor sepatutnya lebih berani bertanggungjawap dan tidak bersikap ‘cuci tangan’ dengan memberi jawapan mudah “tidak tahu” atau “tidak dimaklumkan” berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Pusat Bible Malaysia (PBM) pada Khamis.
Sekalipun jika benar beliau tidak tahu atau tidak dimaklumkan, adalah kurang bijak untuk Sallehin menjawap demikian kerana ianya amat memalukan.

Apa guna Sallehin menjadi Exco Hal Ehwal Islam jika bersikap seolah tidak mentaati titah Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri apabila gagal membela penguatkuasa JAIS yang menjunjung perintah baginda.

Apa guna Sallehin menjadi Exco Hal Ehwal Islam jika bersikap seolah tidak mentaati titah Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri apabila gagal membela penguatkuasa JAIS yang menjunjung perintah baginda.

Dengan memberikan jawapan seperti itu, dengan pantas orang dapat menghidu pegawai dan penguatkuasa JAIS kemungkinan besar tidak akan dipertahankan atau dibela oleh ‘ketua’ mereka dan boleh juga dibuat kesimpulan seolah ada keretakan, tiada persefahaman atau rapuhnnya perpaduan pihak berkuasa agama Islam dalam menegakkan undang-undang Syariah di Selangnor.

Ia juga boleh ditafsirkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor tidak benar-benar memahami undang-undang Islam negeri, bidang kuasa semua pihak atau agensi yang berkaitan termasuk bidang kuasa beliau sendiri sedangkan selepas Sultan selaku Ketua negeri serta agama Islam, Exco Hal Ehwal Islam, mufti, Pengarah JAIS, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah tergolong sebagai pemimpin.

Malah Sallehin patut malu apabila bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika mengulas isu serbuan serta rampasan Bible oleh JAIS itu menyifatkan reaksi yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri Selangor melalui Sallehin adalah menyedihkan.

Ambiga dilaporkan oleh akhbar Malay Mail berpendapat seolah-olah tidak wujud jawapan daripada kerajaan negeri atau boleh dikategorikan jawapan paling lemah.
Bersembunyi di sebalik bidang kuasa sebagai alasan adalah menyedihkan,” kata Ambiga merujuk kepada kenyataan Sallehin bahawa JAIS bukan hanya melapor kepada beliau tetapi juga Sultan.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali berkata, serbuan ke atas pejabat PBM di Damansara oleh JAIS semalam adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, sekaligus tidak perlu pihak berkuasa agama Islam itu mendapatkan kebenaran Exco.

Menurut Aidit, tidak wajar untuk Sallehin selaku Exco Hal Ehwal Islam mempertikaikan serbuan itu, sebaliknya beliau perlu mempertahankan tindakan ‘anak-anak buahnya’ serta turut menjunjung titah Sultan.

JAIS bertindak sebagai respon kepada titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, dan ianya selari dengan enakmen dan fatwa yang telah digazet di negeri ini.

Jadi exco Agama tak perlu risau, sebab JAIS itu memang kuasa dia, dan mereka melakukan serbuan atas Hal Ehwal Agama yang Ketuanya adalah Sultan sendiri, bukan Menteri Besar mahupun kerajaan negeri,” jelasnya kepada bnbbc.my.

Isu yang sebenarnya dipertikaikan oleh Sallehin bila diminta mengulas tindakan JAIS ialah pihak yang melanggar titah perintah Sultan, fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang Islam Selangor hingga memaksa JAIS bertindak menggunakan kuasa yang ada padanya.

Sallehin juga sepatutnya tahu bahawa tindakan juga sejajar dengan keputuan Mahkamah Rayuan Oktober tahun lalu melarang majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannnya.

Keputusan itu diicapai sebulat suara tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Walaupun pihak gereja katolik mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan, namun sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang akan mula didengar 24 Februari ini diperolehi, maka keputusan Mahkamah Rayuan adalah terpakai.

Bagaimanapun Aidit dalam masa yang sama tidak menyalahkan Sallehin sepenuhnya.
Beliau masih baru dalam sistem ini dan mungkin beliau masih belum tahu, tapi itulah hierarki yang perlu kita semua akur,” katanya lagi.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.