Kes
saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Naib Presiden PKR, Tian
Chua dan dua individu lagi berhubung penyiaran artikel pencerobohan
di Lahad Datu, Sabah hari ini selesai di luar mahkamah.
Di
luar mahkamah, Tian Chua berkata, pihaknya kesal dengan penyiaran
artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang
UMNO -
"Tian' dan ia (artikel itu) bukan berniat untuk membabitkan UMNO."
Tian
Chuan kata tida niat dan artikel yang ditulis sebelum ini berbunyi;
"KUALA
LUMPUR : Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi
terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan
rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli
Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak
persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
Gambar
PhilStar.com“
Kita
rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua
sumber laporan oleh media asing.
“Dari
mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang
dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini
belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurut
laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak
antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan
Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Seorang
jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10
orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara
pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad
Datu pagi ini.
Menurut
akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan
serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.
Mengulas
lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara
kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana
tidak aman di Sabah.
“Ada
konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah,
terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,”
katanya.
Keselamatan
rakyat tanggungjawab kerajaan
Sementara
itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata,
insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat
Sabah.
“Tidak
sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN
memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan
itu adalah tanggungjawab kerajaan.
“Ini
menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin
runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan
KEADILAN
Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan
mempertahankan perairan tersebut.
Pencerobohan
di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota
kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari
Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki
bot pancung.
Pada
14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan
kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan
Sulu dari Selatan Filipina.
Menurut
Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta
dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan
Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke
negara asal."
Setelah
puas mengutuk dan meletakkan nama UMNo sebagai punca kepada
peperangan tersebut akhirnya semuanya selesai di luar mahkamah.
memang
benarlah kata mereka semua selama ini bahawa perajurit malaysia yang
berjuang untuk mempertahankan Tanahair 'Mati
Katak!!"
No comments :
Post a Comment