Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 1, 2014

KVMRT Malaysia (Siemens Inspiro)

Cantik dan Menarik..

Ini ialah rupa keretapi yang bakal digunakan pada sistem MRT terkini Kuala Lumpur yang dijangka siap 2016. Siemens Inspiro keluaran Siemens ialah keretapi yang baru kerana hanya mula dihasilkan pada tahun 2012. Oleh itu beberapa design feature yang moden diletakkan pada setiap koc. Sebagai contoh pintu Inspiro dilengkapi sistem LED bagi memberitahu penumpang berapa lama ianya akan terbuka. Lampu di dalam kabin penumpang juga boleh diubah mengikut mood. Siemens Inspiro dengan 4 gerabak mempunyai kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan membawa sehingga 1000 orang penumpang pada satu-satu masa. masa Buat masa ini hanya Metro Warsaw dan MRT Kuala Lumpur sahaja menggunakan gerabak Siemens Inspiro. Pihak MRT Kuala Lumpur sudahpun menempah 58 set keretapi 4 gerabak untuk digunakan kelak. Very cool looking indeed.









No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.