Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 3, 2014

Tiga ADUN Bukan Islam Selangor Cabar Enakmen 1988 Selangor Selepas JAIS Rampas Bible


Tiga orang ADUN bukan Islam Selangor iaitu Lau Weng Seng, ADUN Kampung Tunku; Rajiv Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing; dan Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama hari ini bakal mengemukakan usul meminda ENAKMEN 1988 enakmen agama bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam Selangor) sebagai respons terhadap serbuan dan rampasan Bible oleh JAIS semalam. 


DUN Selangor dikuasai majoriti dua pertiga oleh Pakatan Rakyat dengan DAP memperolehi 15 Kerusi, PAS juga 15 Kerusi manakala PKR mendapat 14 Kerusi DUN. Bakinya iaitu 12 Kerusi lagi berjaya dipertahankan oleh Barisan Nasional.

DUN Selangor mengandungi 56 Kerusi DUN. Dua pertiga majoriti bermakna 37 Kerusi DUN. Campuran penguasaan ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat adalah 44 Kerusi DUN, lebih 7 kerusi berbanding majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda sebarang enakmen atau akta yang bersangkutan dengan kuasa negeri.


Usaha yang dilakukan oleh ketiga-tiga ADUN bukan Islam tersebut untuk masuk campur hal ehwal agama Islam merupakan petunjuk jelas bagaimana DAP sedang berusaha menghapuskan penguasaan agama Islam di Selangor secara praktikal sebaliknya menjadikan Islam hanyalah sebagai simbol semata-mata.


Menerusi penguasaan lebih dua pertiga majoriti, DAP yang berjaya menundukkan PAS Selangor dan PKR secara keseluruhannya, akan memperolehi jalan mudah bagi meminda enakmen tersebut, sekaligus menjadikan Selangor sebagai negeri pertama di Semenanjung yang menghapuskan enakmen atau undang-undang melindungi umat Islam daripada dakyah serta pemurtadan.


Walaupun ramai yang mungkin menaruh harapan kepada PAS Selangor agar tidak bersetuju tetapi melihat kepada perkembangan semasa, PAS Selangor tidak akan memberikan sebarang halangan kepada ketiga-tiga ADUN DAP itu dan DUN Selangor untuk meluluskan undang-undang baru yang menggantikan Enakmen 1988.


Kejayaan di Selangor kemudiannya akan dituruti di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak di mana DAP mempunyai jumlah Kerusi DUN yang banyak. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.